*-ILMIAH
CVT MALAYSIA-*
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
*SAMBUNGAN…..*
Semua kejadian
tidak menjadi secara kebetulan. Semua ada ukuran. Jika diukur dengan mendapatkan
jumlah panjang atau jarak dengan lebar dan tinggi dan dibuat pembahagian maka
akan dapatlah 1,618 itu. Jarak antara hidung dan mata umpamanya. Semua akan
menghasilkan nilai persamaan emas atau rasio emas. Umpamanya ekonomi dunia hari
ini juga diukur dan dikawal dalam pembahagian nilai emas. Satu nilai yang dapat
mengawal nilai mata wang sesebuah negara. Kenapa tidak menggunakan intan atau perak
sahaja. Pengalir tenaga elektrik terbaik adalah emas. Wanita lebih banyak cas-cas
elektrik yang bertumpu pada bahagian kesuburan. Cas berlebihan dengan segala
zat berlebihan akan dikeluarkan dalam darah haid. Itu adalah cara emas dalam
peranannya membersihkan darah wanita secara semualajadi. Emas adalah
logam *PERALIHAN*. Bagus untuk melakukan berbagai perubahan baru. Tapi emas
tidak berubah. Emas tahan asid. Wanita harus pakai emas untuk kawal asid. Asid
buat kita tidak sabar dan menjadi melulu. Lelaki tidak sesuai dan bersifat
alkali. Kerana emas larut dalam keadaan alkali.
Maksud saya
adalah jika kita nak pakai emas adalah salah satu solusinya. Namun secara
ilmunya adalah dengan angka 1,618 ini. Kita kembali kepada keseimbangan 4 atom
yang paling stabil. Jika tambah lagi dua atom jadilah 6 atom iaitu termasuk
kalsium
dan fosfer. Kita kembali pada asas kejadian iaitu api, angin, air dan tanah. Itulah maksud kejadian dalam 6
masa atau 6 hari. Dan hari ke 7 itu penuh keistimewaannya. Itu adalah hari
sabtu warna merah matrik 1. Sebab itu angka 1 dinyatakan dua kali dalam 1,618
itu. Tetapi yang tersembunyi adalah emasnya iaitu pada angka 7 dengan nilai tidak
terbatas atau infiniti pada rahsia warna kuning. Emas akan menarik panas
didalam badan yang berlebihan. Lebih banyak emas secara semulajadi lebih banyak
kekuatan 1,618 itu. Secara praktikalnya
boleh guna angka rasio emas ini di mana-mana yang kita rasa sesuai dan selamat.
Emas ada
kuasa spirit yang halus sesuai dengan nombor atom 79. 9 itu lambang kuasa
spirit. 9 bermakna amat beriaksi dengan segala unsur disekitarnya. Namun emas
tetap tidak teroksid. Maksudnya secara sains emas adalah pengalir haba dan
elektrik yang terbaik. Emas tetap kekal berkilat dan tidak mudah dipengaruhi
oleh unsur lain. Emas tidak akan terhakis dalam udara atau air. Emas menjadi
perisai atau pemantul dari radiasi infrared dalam cahaya tampak. Emas ada bahan
anti karat toksid dan menjadi bahan komunikasi terbaik dalam sistem komputer
dan sebagainya. Jadikan 1,618 ini sebagai simbol yang paling stabil tenaganya.
Sesuai dengan nombor atomnya. 7 adalah lambang angin atau gas nitrogen yang
bersifat sejuk. Nitrogen akan menyuburkan tanah dengan pancaran kilat yang ada
cas elektrik. Ini bukan ilmu ramalan yang tahyul. Semua ilmu ﷲ wajib dicernakan secara keilmuan. Namun dahulukan
keimanan dan selepas itu barulah kita melihat dan memikirkan sesuatu
bersandarkan ilmu. Memberi pandangan melalui perasaan atau imaginasi rasa
amatlah tidak sesuai. Jika tidak akan menjadi syirik kerana menyangka emas itu
yang ada kuasanya sendiri.
*Saya ulang
semula ya!!!*. Semua perbuatan dan amalan yang baik itu mesti ikut hukum rasio
emas. Ada daya tarikan yang kuat. Semua amalan perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan oleh kita dan GEN
warisan kita sendiri. Semua akan kembali menjadi hak kita. Begitulah semua apa
yang ﷲ ciptakan akan kembali pada
kebesaranNYA. Kita berusaha keras dan fokus bekerja untuk jauhi kekufuran dan
kefakiran. Kita kumpul rezeki dari sumber yang benar dan kembali menggunakan
untuk tujuan kemuliaan. Rezeki itu kita agihkan semula. Akhirnya rezeki berganda
kembali kepada kita. Orang yang kedekut atau bakhil akan terus bekerja dengan
tulang empat kerat dengan hasil sedikit sahaja. Tidak berkembang secara
automatik. Jadi statik. Yang pemurah bertambah-tambah tidak terhingga. Orang yang
bilioner akan mendermakan wangnya lebih dari nilai zakat emas. Bill gates
menderma berbilion dolar kepada yang memerlukan. Yang dia simpan hanya sesuai dengan
nilai rasio emas untuk jadi daya ketertarikkan sahaja. Itulah hukum rasio emas.
Jin pun akan tertarik dengan emas. Sehingga emas dikawal jin jika kita tidak
membayar zakat hak emas itu. Emas ada
kuasa spirit yang halus. Apa kata kita viralkan ilmu rasio emas atau pembahagian
emas ini pada semua orang yang kita kenali. Kita butikan sama-sama sepakat
viralkan ilmiah ini. Kita jadikan ilmiah ini menjadi rasio emas. Sahut cabaran
saya ini. Inilah satu-satunya kunci ilmu yang paling berguna untuk menjadi
panduan hidup kita untuk maju didunia dan selamat diakhirat. Hanya gambar saya
tidak perlu share.
Oleh Prof
Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG :
@cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT
Malaysia
BLOG:
cvtmalaysia.blogspot.com