ILMIAH CVT MALAYSIA

October 5, 2017

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

MASSA dapat berubah bentuk. MASSA itu adalah jisim benda atau material yang mempunyai berat dalam satu ruang. CVT mendifinasikan bahawa penyakit merupakan satu bentuk MASSA yang boleh berubah bentuk kepada berbagai bentuk TENAGA atau ENERGI. Bermakna tiada alasan mengapa tidak ada penyakit yang tidak boleh di sembuhkan dalam erti kata mengubah bentuk MASSA menjadi energi yang berfaedah. Toksik dan kuman contohnya di ertikan sebagai MASSA yang boleh di ubah namun ia tidak boleh di musnahkan apatah lagi untuk di ciptakan yang baru. Kita tidak boleh melawan hukum Sang Pencipta yang menciptakan sesuatu. Dalam tubuh kita ada energi yang sama dengan energi luar pada alam semesta. Energi tubuh kita sentiasa terhubung dengan energi luar. Pendek kata energi tubuh kita saling berangkaian menjadi satu sistem yang saling mempengaruhi. Jika kita bersatu hati umpamanya maka kita akan menjadi kuat. Jika kita diam menyepi tanpa ada pergerakan maka kita sudah di anggap terkeluar dari ruang dan masa relatif keduniaan. Secara umumnya kita mengumpul dan menyimpan energi yang lebih buruk. Energi ini tidak dapat di musnahkan  dan akan di bawa untuk di nilai dengan timbangan yang adil. Alangkah ruginya tiada amal yang kita bawa dan ia di nilai kosong pada ruang hampa yang tidak berguna. Ketika itu kita memohon untuk dihidupkan semula dan kembali untuk melakukan tugas berbakti dan paling mudahnya adalah amalan bersedekah.

Apabila kita berfikiran negatif, musykil, ragu, penuh syak wasangka dan menganggap diri kita lebih baik dari orang lain bermakna kita mewarisi energi paling hina di sisi Allah Swt. Hasilnya kita akan memancarkan cahaya elektromagnatik iaitu foton-foton cahaya yang pudar auranya. Hakikatnya setiap material benda akan memiliki dan menyimpan energi. Apakah kita akan meledakkan uranium menjadi bom atom atau menjadi energi yang lebih berfaedah???. Belum ada alat yang boleh mengukur energi ini kerana kemampuan kita masih belum mampu mencipta alat menguasai kelajuan cahaya. Apakah kita sedar makhluk bernama jin sudah mampu mencipta senjata dan kenderaan yang melepasi ruang dan masa pada kelajuan cahaya???... Sebenarnya mereka telah menguasai teknologi bunyi yang lebih tinggi kekuatan dari cahaya yang terbatas. Janganlah kita merendahkan darjat kita sebagai khalifah dengan satu sifat ego yang menghancurkan. Kita sedang berusaha memperjuangkan teknolagi resonans atau bunyi senyap dalam rawatan. Siapa yang nampak cahaya pada SEJUTA WAJAH bermakna darjatnya tinggi menguasai ruang dan masa .

MASSA pada penyakit berkurangan bermakna ia telah bertukar menjadi energi. Berubat dengan air adalah contoh MASSA yang tidak akan berkurangan sedikitpun malah air mampu mengubah apa sahaja secara kimianya jika di kenakan dengan hukum fiziknya. Berjalan cepat dan pantas tanpa ragu dan pantang menoleh ke belakang adalah contoh mengumpul energi yang baik dan besar nilainya dalam amalan sunnah Nabi Saw. Perlu ada satu pergerakkan untuk melancarkan pusingan darah dengan di berikan tekanan pada bahagian tertentu dan itu juga satu teknik mengumpul energi seperti TERAPI URUTAN AIS. Buah pisang satu contoh zat MASSA yang begitu cepat terolah menjadi energi sehingga begitu mudah pula menjadi gas atau menjadi energi buruk. Jin, iblis dan syaitan termasuk dajjal sangat membenci dan akan menghasut pada sesiapa yang sudah dapat menguasai ilmu sains, kimia, dan fizik dalam ilmu perubatannya. Oleh itu bersikap ikhlas dan sabarlah apabila mempraktikkan ilmu ini agar kita terus berjaya dan mencapai tahap keheningan. Tahap keheningan ini tidak mungkin dapat dikuasai oleh jin, iblis, dan syaitan juga pengikut dajjal.  Sesungguhnya Allah Swt telah memberi pada semua nabi-nabinya ilmu gema atau bunyi yang bersifat makrifat yang penuh mukjizat yang lebih dahsyat dari ilmu sihir.

BERSAMBUNG DI DALAM KELAS LANJUTAN SABTU INI……

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
www.colourvibrationtherapy.com