ILMIAH CVT MALAYSIA

November 10, 2017

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


- IKUTI KELAS LANJUTAN MENGENAL DIRI MELALUI PEMETAAN ANGKA TARIKH LAHIR PADA 09 DEC 2017 -

Kemahiran berfikir tahap tinggi amat di perlukan ketika pengamal berhadapan dengan pesakit. Merawat sel sebenarnya merawat DIRI. Mengenal DIRI yang sebenarnya DIRI. Mengenal DIRI akan membangkitkan potensi DIRI untuk berbakti. Mengenal DIRI akan menambah ilmu laduni yang mana kita dapat belajar tanpa batasnya lagi melalui DIRI yang sebenarnya kita belajar secara terus melalui petunjuknya cahayaNYA. Mengenal diri melalui warna diri sebagai cahaya DIRI sebenarya kita sudah membuka hijab diri yang pertama. Perlukah kita mengenal diri???. Ada yang mengenal diri melalui usaha dan ada juga yang terbuka dengan sendirinya. Yang sakit secara zahir adalah diri jasmani. Namun yang di rawat adalah batin rohani DIRI. Pelajari lah matrik pemetaan tarikh lahir kerana semua ketetapan ada disitu. Tahun kelahiran dari ibu. Manakala tarikh lahir adalah pengaruh bapa yang bukan sahaja menentukan sifat kejantinaan dalam dna malah karakter yang spesifik. Bulan kelahiran juga mempengaruhi alam emosi dan perhubungan. Ada 12 bulan kelahiran sesuai dengan perbintangan. Kemuncaknya kita akan mengenal no matrik diri secara rohani yang mengawal no matrik tarikh lahir yang zahir. Semoga dari situ kita akan dapat mengesan dimana letaknya DIRI.

Perbuatan dalam amalan sesuai dengan lafaz kata dan tersusun baik di dalam niat. Fokus kan diri dalam mencari siapa DIRI di dalam niat. Dengan ilmu pengetahuan dan matrik angka dan warna sebagai alat ukuran mengenal diri tidak akan mebuat kita sesat. Roh yang masuk ke dalam melalui hidung dan kita dapat bernafas. Dengan nafas kita dapat bergerak, merasa, melihat, mendengar dan berkata-kata. Deria mana yang menjadi dominan untuk DIRI kita. Semua ini sebagai pinjaman dan akan di kembalikan. Jangan semasa maut hampir menjemput baru kita sedar yang DIRI akan meninggalkan kita. Hidupkan diri dan perindahkanlah dengan cahaya keilmuan yang ada di dalam DIRI. Banyak rahsia DIRI yang serba guna yang boleh diguna pakai dalam kebaikan. Dengan ilmu kita akan dapat merasai kehadiran DIRI. Setelah mengetahui DIRI kita akan banyak mengetahui kerana sesungguhnya DIRI itu datang dari yang maha MENGETAHUI. Firman Allah Swt “Aku tiupkan sebahagian RohKU”. Dan akhirnya perkembangan cahaya Roh memenuhi ruang dalam jasad kita.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my