ILMIAH CVT MALAYSIA

November 13, 2017

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Pengertian makna secara ilmiah di susun seimbang untuk mendapatkan maksud tersirat secara islamisasi ilmu. Teknik membaca angka secara standart atau selaras mengikut konsep CVT. Ke arah memudahkan kefahaman. Setiap angka ada sifat yang tersendiri secara seimbang dalam tafsirat negatif atau positif. Mengelakkan mentafsir secara rambang dan mengelakkan dari terjerumus mentafsir mengikut hawa nafsu sehingga terselit ramalan yang tidak sepatutnya. Cara membaca yang baik secara ilmiah akan menentukan ke arah kebaikan dan menutup keburukan yang sememangnya semua ini adalah di dalam ketetapanNYA dan kita lah yang akan mengubahnya. Jauhi pembaca buruk dan tidak cukup pengertian dalam membuat kesimpulan. Buruk cara bacaan maka buruk lah yang akan kita terima. Angka bukan ilmu subjektif yang merapu dan tidak menentu. Angka satu ilmu yang penuh ketetapan dan bukan kebetulan. Angka dengan karakter tersendiri adalah satu susunan matrik yang sistematik penuh bermakna. Fahami angka melalui warna yang di tanda yang mampu menjadi kod-kod dan simbol-simbol unsur di dalam alam semesta.

Saya telah meneliti dari banyak pengamal CVT dan orang perseorangan, cara membaca yang tidak seragam penuh kekacauan dan merumitkan. Angka bukan milik budaya dan agama tertentu kerana ia sangat bersifat universal dan agama yang memiliki hukum-hukum yang di syariatkan iaitu islam paling sesuai dalam menterjemahkan angka-angka seperti mana Al-Quran yang tersusun dalam matrik angka yang begitu teliti dari semua sudut. Jauhi cara mentafsir secara buruk. Boleh sahaja kita membaca takdir dalam penentu masa pada setiap individu itu secara negatif seperti mana-mana yang tertera namun perlu di terbalikkan. Kerana Al-Quran tersusun persamaan pasangan makna positif dan negatif. Samaada makna keterbalikan itu berada di dalam Al-Quran itu sendiri atau berada diluar. Umpamanya jelas mereka di naungi dalam sistem angka pada kelainan seksual pada pembawaan gen yang jelas sebagai perilaku pembawaan seksual yang menyimpang dan sebagainya. Namun di situ ada bacaan yang jauh lebih positif pada hal-hal untuk dirinya yang lain jika kita dapat menasihatkan ke arah kebaikan. Ada petunjuk bernasib malang dari segi perjalanan kehidupan yang penuh ranjau halangan dan kepayahan. Jelas karakter yang kelam kabut, pemarah dan kejam mementingkan diri. Dan sebenarnya semua ini wajib di elakkan kerana tugas kita membaca ke arah kebaikkan dan nanti terbuka hijab baru yang akan menyusun semula energi pada semua hal-hal yang berangkai bermula dari bentuk muka, jari, tangan dan sebagainya. Warna diri dan pasangan luar dalam akan menjadi penghubung semula ke arah yang lebih menguntungkan. Susunan dna dari salasilah keturunan akan di susun atur pada jaluran yang terbaik walaupun datuk moyang kita terdahulu tidak melakukan perbuatan yang baik. Maka kita lah yang akan memutuskan rangkaian yang tidak baik itu walaupun dalam berbagai kepayahan namun akan mudah jika kita mengerti salah satu erti mengenal diri ini. Kerana tidak semua orang di dapati sama rezekinya masing-masing walaupun di lahirkan pada tarikh, masa dan saat yang sama kerana unsur energi angka ini meliputi segala sesuatu dalam pelbagai bentuk yang tersendiri. Cuba banyangkan jika kita akan melalui perjalanan menyahut cabaran hidup ini dengan penuh persediaan keilmuan. Sila tetapkan niat untuk berpeluang terpilih mengikuti kelas ini nanti. Inn shaa Allah.

- IKUTI KELAS LANJUTAN MENGENAL DIRI MELALUI PEMETAAN ANGKA TARIKH LAHIR PADA 09 DEC 2017 –

Oleh Prof Dr Norhisham Bin Wahab.
www.cvtmalaysia.blogspot.com
Tel: 03 - 5523 7153