ILMIAH CVT MALAYSIA

November 13, 2017

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

SAMBUNGAN…

Adalah sangat zalim pada pendusta yang cuba mempertikaikan bahawa tiada perintah sembahyang dalam Al-Quran. Walhal Allah Swt memberi banyak isyarat sembahyang di dalam kata-kata yang berkaitan ibadah itu dan tersusun secara bersamaan dengan perbuatan. Sesungguhnya ketika kita memahami angka dalam niat mengenal diri maka akan berubahlah satu gerakan matrik dalam catitan di Luh Mahfuz. Semua boleh berubah dengan ilmu pengetahuan. Dan yang di ubah itu juga dalam pilihan kita dalam berbagai-bagai yang semua itu juga di dalam ketetapannya. Baru satu niat sahaja akan berlaku satu gerakan simestri mengubah ketetapan dalam ketetapan. Jadi jangan persalahkan takdir dalam ketetapan angka-angka tarikh lahir kerana di situ ada jalan penyelesaiannya melalui ilmu mengenal diri. Jika tidak di pemetaan itu jawapan ada di luar diri kita. Janganlah bersedih hati. Ahli yang membaca ada kalanya tidak dapat mengelak pada sifat angka-angka yang tertera dalam kenyataan yang negatif maka jadilah ahli motivasi bagi mengupas menjadi baik sebagai kesimpulannya yang tetap ada.

Kod matematik yang tidak terungkap selama berabad-abad dan abad ke 21 inilah kita menemukannya. Bersyukurlah apabila seorang sarjana dari mesir Rahsad Khalifah berhasil menyingkap tabir kerahsiaan tersebut. Teknik memasukkan 51,900 jumlah kata yang ada di dalam Al-Quran ke dalam data komputer dan hasilnya sungguh memeranjatkan. Al-Quran jelas di pelihara dan terpelihara kerana jika cubaan untuk di ubah walau satu kata maka akan mengubah perjumlahan dan pembahagian angka-angka. Inilah kekuatan Al-Quran berbanding kitab-kitab yang lain dan inilah senjata menundukkan orang-orang kafir melalui angka-angka keramat. Jelas Al-Quran bukan karya manusia melainkan wahyu Allah Swt yang unik dan tiada duanya. Contoh kata-kata yang ada sifat berpasangan : orang-orang 50 kali dan nabi 50 kali. Iblis (raja syaitan) 11 kali menyelamatkan diri dari iblis 11 kali. Musibah (bencana) 75 kali dan syukur 75 kali. Sihir 60 kali dan fitnah 60 kali. Zakat 32 kali dan barakah 32 kali. Fikiran 39 kali dan cahaya 39 kali. Lidah 25 kali dan khutbah 25 kali. Penderitaan 114 kali dan kesabaran 114 kali. Dan banyak lagi akan ditemukan berbagai lagi pengertian angka yang memang bersifat yang ada karakter menterjemahkan berbagai kejadian alam dan peristiwa.

BERSAMBUNG…

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
#cvtmalaysia #hydrotherapyice