ILMIAH CVT MALAYSIA

November 13, 2017

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Al-Quran dan rahsia angka-angka di dalam Al-Quran kata salawad di sebut lima kali. Sama dengan jumlah sholat wajib sehari semalam. Bilangan sujud ; Sungguh menakjubkan kata sujud di sebutkan sebanyak 34 kali yang mana jumlah tersebut sama dengan jumlah sujud pada lima waktu sebanyak 17 rakaat. Terbukti pada setiap rakaat di lakukan dua kali sujud jumlahnya menjadi 34 kali sujud. Angka 17 jika di jumlahkan menjadi 8.  Angka 8 membawa sifat sholat itu mendamaikan jiwa. 8 rahsia oksigen yang dalam sistem resperasi. 8 dalam warna hijau adalah frekuensi bahagian paru-paru dan jantung dan juga lambang keimanan. Manakala jika 17 itu di asingkan maka tafsiran angka menjadi dua sifat iaitu 1 dan 7. 1 (satu) menyembah pada tuhan yang satu. 7 (tujuh) yang memerintah meliputi sekalian alam tanpa batasnya. Apakah yang paling banyak di atmosfera di ruang udara maka pastilah nitrogen dengan jumlah 78 peratus. Nitrogen dengan nombor atom 7 dan oksigen atom 8 bersatu. Adakah itu satu kebetulan???. Kadar oksigen pula sebanyak 21 peratus. Jika terlebih sahaja 1 peratus oksigen diudara maka kejadian kebakaran akan berlaku di mana-mana. Begitulah keseimbangan alam yang Allah Swt yang maha kasih mentadbirkannya.

Nitrogen bersifat sejuk manakala oksigen bersifat panas. Nitrogen dan oksigen yang berikatan menjadi dioksigen (02) di udara akan kita ambil masuk ke dalam hidung ketika bernafas. Dan bersyukurlah ke dua-dua gabungan gas ini tidak berwarna, berbau dan tidak ada rasa. Walhal semua gas yang lain tidak begitu dan pasti sukar untuk kita sedut bernafas masuk ke dalam hidung. Tumbuhan hijau melepaskan oksigen dan mendukung proses metabolisma. Angka 8 itu membawa maksud metabolisma untuk menghasilkan molekul vital tubuh. Tiada oksigen maka berlakulah kematian. 8 itu boleh membawa pengertian hidup atau mati. No satu lambang segala-galanya mudah baginya dan tiada sebarang keraguan untukNYA. Begitulah cara membaca sifat angka melalui Al-Quran dan sains.

BERSAMBUNG…..

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
www.colourvibrationtherapy.com.my