ILMIAH CVT MALAYSIA

January 9, 2018

 -ILMIAH CVTSB-

  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Angka 2 dan 3 adalah sangat berkaitan dengan hormon. No 2 bersifat kewanitaan dan No 3 bersifat kelelakian. Kita semua di cipta Allah Swt dengan cara ajaib dalam keadaan sungguh bersistematik dengan disiplin matrik Angka-Angka atau nombor yang maha sempurna. No 2 dan No 3 simbolik kasih dan sayang. Akan masuk syurga pada yang mengasihi sesama manusia seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri.  Angka 2 sebagai kromosom  X wanita dan angka 3 kromosom Y  lelaki.  Jelas jika angka 2 dan 3 ini bersamaan jumlah 23 kromosom wanita dan 23 kromosom lelaki. Bila dijumlahkan secara ajaib menjadikan 46 kromosom pada manusia. Lelaki diciptakan dari komposisi yang sempurna iaitu ada Y (kuat) dan ada  X (halus) sedangkan wanita hanya ada X dan X. Yang membimbangkan kromosom Y pada lelaki sudah sangat merosot dan ini akan mengurangkan jumlah Kaum ADAM. Yang membimbangkan sudah ada pertambahan KELAINAN genetik kepada tiga kromosom misalnya XXY sehingga tidak jelas sistem kelaminnya.  Keadaan ini akan kita lihat dengan bermula pada tahun  2020. 

Muncul dengan banyaknya kumpulan gay dikalangan lelaki dilaporkan penyakit hiv sudah pun bermula. Kenali genetik dna dalam pemetaan tarikh lahir seksual anak-anak lelaki anda yang tidak berminat pada pasangan wanitanya. Masih belum terlambat dan boleh di ubah kemahuan seksualnya. Dan tidak akan pernah ada kromosom YY seperti mana wanita ada pasangan kromosom XX. Lelaki ada X dn Y maka sebab itu lelaki secara automatik memang dianugerahkan sifat lembut dan berseni seperti wanita.  Lelaki boleh secara profesionalnya diyakini lebih mahir menyusun kerja memasak, menjahit, menjadi pereka fesyen dan pakar kecantikan yang lebih berseni. Oleh itu jangan mematikan unsur X lembut dan halus pada anak-anak lelaki kita kerana itu anugerah dari Allah Swt. Hanya yang patut kita khuatiri dan pantau adalah salah laku pada kelainan seksual sahaja.

Jelas Al-quran sebagai mukjizat yang terpelihara dengan angka-angka ada membuktikan susunan kata pada lelaki sebanyak 23 kali dan juga kata wanita juga 23 kali dengan jumlah kromosom sebanyak 46.  SubhanAllah semua ini mukjizat yang hanya dapat di susun oleh Allah Swt melengkapkan Al-quran yang terpelihara dengan salah satu konsep iaitu angka-angka. Angka 4 bermakna ruang yang kukuh menguasai pada kedudukan rahim wanita. Angka 6 mewakili ruang tulang sulbi yang mengeluarkan spermatozoa yang memancar. Angka 4 dan 6 bersatu maka berlakulah persenyawaan. Bersyukur kita diberi hidayah dalam mempelajari ilmu angka-angka ini dengan putunjuk terus dari Allah Swt. Hargai ilmu ini seperti mana kita menghargai diri kita sendiri.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.cvtmalaysia.blogspot.com