ILMIAH CVT MALAYSIA

February 12, 2018

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Moral Ilmiah warna sepanjang 24 jam ini adalah berkisar pada susunannya. Cuba semak carta warna sepanjang satu hari dan warna harian sepanjang satu minggu. Bermula hitam sebagai hari pertama dalam satu minggu iaitu hari ahad. Selepas hari ahad adalah hari isnin pada warna putih pada kemuncak cahaya iaitu ilham. Hitam matrik 6 dan putih matrik 9. Angka 6 jika tidak menemukan cahaya akan menjadi kelam kabut seperti keluarga 69.  Diikuti sifat panas dan sejuk bersatu seperti yang di katakan Ying dan Yang. Warna putih pula mencari jarak warna terjauh pada kedudukan terakhir dipenghujung warna iaitu merah. Ada kontroversi mengenai bendera Indonesia pada warna merah dan putih. Hikmah di situ ada mesej bahawa sebaiknya letaklah warna putih di atas dan merah di bawah akan lebih RAHMAT di sisi ALLAH SWT. Kombinasi putih dan merah akan menghasilkan merah jambu. Begitulah seterusnya warna muncul dari kombinasi secara tertib berurutan sehingga kembali menjadi hitam. Jelas warna dan angka memberi kita putunjuk pada ilmu. AHAD sebagai HARI PERTAMA pada matrik hitam. Matrik 6 adalah karbon hitam mewakili bumi atau tanah hitam yang padu dan keras. Iblis tertarik dengan warna hitam untuk berlindung didalamnya kerana alah pada cahaya matahari. Beruntung sungguh pada manusia yang telah dikurniakan cahaya, warna dan bunyi-bunyian yang membina.

Angka 2 atau merah jambu itu membuktikan Allah Swt menciptakan segala-galanya di bawah sifat kasih dan sayangnya. Manusia perlu ada sifat kasih dan sayang ini untuk menjamin keberkatannya. Simbolik 19 ada rahmat iaitu warna putih pada rahsia cahaya terang benderang dengan merah sebagai warna yang ada daya ketertarikan energi akan menghasilkan merah jambu. Bermula dari merah jambu proses penciptaan berlangsung secara bertahap dua hari sebanyak tiga tahap masa menjadikan enam masa atau enam hari. Sesungguhnya masa di sisi ALLAH Swt tidaklah dalam pengetahuan kita kerana ia bersifat ROH. Apakah satu hari itu benar-benar yang dikatakan satu hari pada relatif hari kita sekarang ini atau satu ribu tahun atau Lima Puluh ribu tahun???. Yang pasti usia bumi ini sudahpun mencapai ratusan juta tahun. Sungguh menakjubkan pada yang mahu memikirkannya. Buanglah rasa marah, kebencian dan dendam kesumat kerana itu hanya akan menghilangkan segala rahmat yang sudah ada. Kerana kasih sayang itu ada RAHMAT yang tersusun menanti kita. Warna merah jambu pada matrik 2 memecahkan ilham menjadikan ilmu menjadi mudah, jelas dan ringkas iaitu idea. Merah jambu dan idea mencari jalan memudahkan cara.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
www.cvtmalaysia.blogspot.com