ILMIAH CVT MALAYSIA

February 12, 2018

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Matrik 1 MERAH dan matrik 2 MERAH JAMBU. Matrik 1 DARAH dan USUS. Matrik 2 HORMON. Hormon sangat mempengaruhi karakter. Karakter terbaik adalah ada sifat kasih. Kasih sesama insan dan makhluk.  Perikemanusiaan. Namun semua ini sangat bergantung dengan kesihatan darah dan usus. Matrik 1 merah ada daya ketertarikan yang sangat berpengaruh. Simbolik air atau Hydrogen sebagai kimia atau atom pertama yang diciptakan dalam kejadian bumi dan langit. Selepas Hydrogen diciptakan Helium sebagai atom no 2. Semua atom ini ada sifat yang mempengaruhi karakter manusia. Jangan kita mengejar jisim atau material kebendaan. Jisim sebenarnya ada di depan mata kita. Jika di kejar pasti ia hilang semula. Kita perlu ada proses dalam perancangan untuk mendapatkannya melalui idea yang kreatif. Dengan perancangan dan strategi jisim sebenarnya akan datang sendiri dan kita hanya perlu menunggu setelah berusaha. Matrik 2 adalah sifat menunggu giliran. Murah rezeki dan matrik 2 merah jambu pada seorang wanita yang menjadikan rezeki mudah. Matrik 2 akan menerima pemberian dan kurniaan. Itu yang dikatakan murah rezeki. Tidak perlu bersusah payah. Rezeki datang dengan sendiri tanpa di sangka-sangka. Bersifat kasih adalah kunci rahsianya. Hidup kita harus bebas merdeka dari diperhambakan. Hidup kita perlu ada istirehat sebagai satu kurniaan hari sabtu merah yang Allah Swt telah janjikan seperti mana Allah Swt bersemayam pada hari ke 7 setelah menyempurnakan penciptaan paling agung iaitu seluruh alam semesta. Hari sabtu banyak daya ketertarikan hal-hal kebendaan. Namun hal-hal kebendaan itu lebih mudah di ambil pada hari ahad dalam rahsia hitam yang memerangkap dan rahsia ini telah di ambil kesempatan oleh orang-orang Kristian dalam meraikan hari kegembiraan dan kesyukuran mereka. Nampaknya sudah banyak yang tahu menggunakan warna hitam pada hari ahad untuk menyerap hal-hal ghaib menjadi nyata. Jika kita khianati perjanjian ini maka kimia atau riaksi atom Hydrogen sangat sensitif dan boleh musnah dan merugikan sepertimana sejarah kepada Kaum yahudi yang ingkar pada perjanjian hari sabtu. Sebab itu Kaum yahudi yang ingkar sudah di tukar sifat menjadi babi dan monyet itu adalah amat benar dari rahsia bentuk dan tenaga. Ada satu golongan pada setiap 71, 72 dan 73 golongan yang akan masuk syurga pada yang memegang firman-firman Allah Swt dalam kitab-kitab suci yang diturunkan tanpa mengubahnya.

Sifat gas Helium dalam matrik 2 yang ringan dan sejuk dan tidak mudah terbakar. Itulah sifat orang yang boleh mengalah dan sentiasa damai murni dan menjadi penyelamat. Seumpama gas Helium yang mampu mengawal kebocoran radiasi radioktif yang merbahaya. Jadi sifat matrik 2 mesti boleh menyelamatkan orang yang sedang marah atau sedang sakit. Matrik 1 Hydrogen panas lebih ringan namun sangat mudah terbakar. Dan itulah rahsia air yang boleh menjadi apa sifat sekalipun dari yang lembut boleh bertukar menjadi benda paling keras dan mampu memotong intan sekalipun. Nampaknya Hydrogen atau sifat air boleh berubah kepada berbagai bentuk sifat kerana ia adalah tenaga yang paling kuat. Air yang kuat dan selamat pada sistem bio dan manusia adalah yang dingin. Keseimbangan oksigen pada gas-gas pernafasan yang lembut perlu di campurkan dengan Helium terutama gas pernafasan penyelam di lautan. Jadi matrik 2 mesti ada sifat lembut, halus dan sejuk. Helium gas mulia yang sentiasa ada kebaikan bila di campurkan pada kebanyakkan gas-gas yang lain. Bermakna falsafah dan Ilmiah matrik atau pernomboran CVT diterjemahkan dari fungsi kimia dan Al-quran. Hari dan warna sangat ada pengaruh besar pada yang mengerti. Jika ada angka 2 di tambah 222 adalah yang terbaik bagi simbolik 6 masa. Rezeki dan kebendaan yang dapat di nyatakan. Helium pada matrik 2 sangat bebas dan pada zaman dahulu kepercayaan melepaskan belon ke langit yang berisi gas Helium dengan mengucapkan satu harapan menjadi adat kepercayaan yang entah mereka tahu kenapa dan mengapa perlu begitu.

NW 3 ada rahsia pada matrik 2 ini. Jika trauma dengan emosi yang tidak terkawal seperti hampir gila maka secepatnyalah mengambil NW 3. Kelemahan matrik 2 berkaitan Helium yang berlebihan tidak seimbang dengan oksigen maka akan berlaku sesak nafas dan gangguan paru-paru. Jika tertelan gas ini akan mengubah suara menjadi tidak jelas sama seperti orang sedang trauma yang marah menjerit dan meraung akan juga kehilangan suaranya. Maka minum air sejuk akan cepat mengembalikan keadaan menjadi normal semula.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.cvtmalaysia.blogspot.com