ILMIAH CVT MALAYSIA

February 9, 2018

-ILMIAH CVTSB-

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Pengertian warna dalam pusingan 24 jam. Proses penciptaan alam semesta dalam enam fasa masa. HARI AHAD sebagai hari yang pertama dan berakhir pada HARI JUMAAT. Bermakna hari jumaat adalah hari yang ke enam. Simbolik 6 pada warna hitam hari ahad yang bermaksud segala-galanya dari waktu kegelapan menuju kepada cahaya yang terang benderang menjadi nyata atau zahir. Hari yang ke tujuh adalah HARI SABTU merah. Hari pada manusia di istirehat. Dan ALLAH SWT BERSAMAYAM di ruang tertinggi disebut Arasy setelah menyempurnakan penciptaan yang paling agung iaitu bumi dan langit. Untuk menghidupkan dan membangunkan manusia dari kematian adalah mudah bagi Allah Swt. Namun menciptakan bumi dan langit satu penciptaan yang melalui proses paling agung. Bumi diciptakan dalam hamparan dengan gunung- gunung yang mengukuhkan untuk didiami manusia dalam masa dua hari. Segala isinya dari tumbuhan dan segala haiwan dengan kecantikkan sungai-sungai yang mengalir menghiasi bumi juga dalam masa dua hari. Bermakna penciptaan bumi sahaja mengambil masa empat hari. Jadi bagaimana hendak mengatakan bumi ini kecil seperti globe. Selepas itu Allah Swt meninggikan langit dengan tujuh lapisan sebagai atap dengan dihiasi bintang-bintang bercahaya juga dua hari.  Jumlah adalah enam hari. Yahudi menfitnah tuhan keletihan dan berehat pada hari sabtu. Mereka juga mengubah fakta ilmu bahawa jumlah masa penciptaan bukan enam masa sebaliknya adalah lapan kerana firman Allah Swt yang di ubah dalam kitab-kitab mereka.

Angka dua (2) bermaksud satu penciptaan melalui proses yang teliti penuh perancangan yang segala-galanya di bawah kekuasaan ilmunya. Dua bermaksud keteraturan dan ketertiban secara berpasangan yang harmoni. Tanpa langit maka tiada angin untuk menurunkan air hujan hasil dari api petir yang menggetarkan bunyi dari gerakan awan yang kaya dengan garam dan akhirnya jatuh ke bumi bertemu tanah dan menyusun setiap satu dengan sifatnya yang berpasang -pasang. Dari langit turunnya ANGIN, API, BESI, AIR dan GARAM itu adalah benar. Warna merah jambu dalam simbolik angka 2 menunjukkan sifat yang tersusun mengikut susunan hukum-hukum sunnahtullah. Segala sesuatu itu diciptakan dengan mudah apabila Allah Swt katakan "Jadilah! Maka jadilah ia." Al Baqarah:117. Sepertimana terjadinya gunung, lautan dan segala isinya. Namun untuk menyempurnakan segala-galanya antara memisahkan bumi yang suatu ketika dahulu padu dan dipisahkan menjadi langit yang bertingkat juga bumi yang bertingkat. Enam masa di sisi Allah Swt adalah sangat singkat. Ada juga manusia yang tidak berakal dari atas muka bumi di Amerika hendak menggali tanah untuk eksperimen dengan harapan akan tembus ke bawah dan muncul ke benua Asia. Setakat ini penggalian lubang yang terdalam baru menjangkau 20 km sahaja yang termampu. Bentuk bumi seperti globe dan ada kerak-kerak lapisan bumi adalah lukisan yang tidak menggambarkan keagungan penciptaan bumi.

BERSAMBUNG…..

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab
www.cvtmalaysia.blogspot.com