ILMIAH CVT MALAYSIA

March 13, 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

- ILMIAH CVTSB -

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Bahagian depan atau hujung lidah lebih sensitif pada rasa manis. Ini bermakna rasa manislah yang akan menjadi impuls paling cekap ditafsir ke otak. Berbanding rasa pahit yang terletak di daerah paling jauh ke dalam pangkal lidah. Atas sebab itu juga kenapa NW menjadikan sukros sebagai medium penghantar impuls ke otak melalui deria rasa lidah paling utama iaitu rasa manis. Kerana di belakang manis adalah deria rasa masin. Kombinasi manis dan masin saling sokong-menyokong sebelum deria pahit dan masam bergabung serentak dan menjadikan makanan terasa amat lazat. Beruntung pada siapa yang mudah terasa lazat atau sedap ketika zat makanan dikunyah dan itu adalah tanda perut dan enzim pencernaan aktif. Zat-zat makanan dalam semua rasa dapat di kesan dan ini menjadikan faktor tubuh akan cukup zat.  Orang yang sakit seperti demam akan Kehilangan deria rasa.  Ada yang hilang rasa masin dan pada kebanyakkan kes banyak yang sudah hilang rasa manis dan akan menambah berkali rasa manis dalam minumannya. Bermakna berpuasa lebih baik dari memaksa diri untuk terus makan kerana makanan tidak akan menjadi zat malah bertukar menjadi racun juga. Sebab itu puasa khamis akan mengaktifkan rasa masam dalam rahsia warna kuning dan jingga untuk sel sistem penghadaman. Manakala puasa isnin untuk mengaktifkan rasa pahit untuk sel otak. Simbolik puasa isnin dan khamis untuk mengaktifkan deria rasa pahit dan masam bersatu dengan rasa manis dan masin. Atas sebab itu sunnah lebih mengutamakan rasa masin diawal pagi dan rasa manis pada waktu berbuka dengan sendirinya rasa masam dan pahit akan kembali aktif mengesan zat. Garam harus di mulai pada awal pagi kerana air liur atau saliva dalam bentuk cecair akan memudahkan makanan di larutkan dan menjadikan zat lebih mudah di kesan oleh deria rasa yang lain.

Ada rasa manis pada setiap lidah kerana faktor air liur yang sememangnya terdiri dari bahan gula semulajadi tubuh dari dalam perut. Rasa manis lebih laju untuk di tafsir ke otak. Rasa manis menggetarkan dengan isyarat elektrik ke otak. Orang yang kurang gula dalam darah akan menghentikan fungsi pankreas dan akan menambah kurang insulin dan tubuh akan terus lemah serta boleh menghentikan kerja otak. Oleh itu amalkan gula yang betul untuk menambah tenaga pada tubuh dan otak. NW dalam sifat manis yang ringkas amat membantu dalam merangsang sel-sel saraf pada semua sistem tubuh. Apabila tubuh terlebih gula yang tidak dapat di tukar menjadi tenaga maka terpaksa mengamalkan benda pahit bagi meneutralkan darah. Jika makan benda pahit secara berlebihan pula juga boleh mengundang penyakit yang lebih parah lagi. Sesungguhnya syurga itu di penuhi dengan kelazatan nikmat zat manis-manisan. Yang pasti jika mengamalkan gula secara semulajadi tidak akan mendatangkan kemudaratan malah satu keperluan. Yang dilarang adalah gula yang diproses kerana zat sebenar gula sudah hilang. Faktanya unsur penyusun gula terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen C6HI206. Gula atau sukrosa adalah karbohaidrat sederhana yang menjadi sumber energi. Melarang mengamalkan gula tanpa memberi nasihat amalan gula yang sebenar sebagai satu keperluan seperti ada muslihat untuk melihat terus penyakit kencing manis untuk tidak sembuh. Satu muslihat yang di sengajakan atau ketidakfahaman Ilmiah. Zat gula yang sudah rosak dalam proses perbuatan di kilang akan bertambah berat menjadi pati dalam bahan makanan yang lain seperti kek dan sebagainya. Namun zat gula dalam madu yang amat ringkas terus bertukar menjadi tenaga.

Tugas saya hanya menyampaikan. Wallahu A'lam Bish Shawbi. Hanya Allah Swt yang maha tahu.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.cvtmalaysia.blogspot.com