ILMIAH CVT MALAYSIA

March 13, 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

- ILMIAH CVTSB -

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Rahsia air liur. Setitik darah sebenarnya sama dengan kandungan dna pada setitik air liur. Bermakna setiap apa zat yang kita makan akan mencari persamaan dengan air liur sebagai agen pengenalpastian keperluan zat untuk tubuh. Tubuh akan memberi isyarat pada setiap kali kunyahan zat-zat makanan di mulut bersama lumatan air liur. Sebanyak mana yang di perlukan oleh sel-sel tulang atau sel-sel yang lainnya akan di hantar mengikut isyarat keperluan itu. Jika air liur kita tidak sihat maka isyarat itu akan dikelirukan dan tidak tepat. Begitulah Allah Swt yang menciptakan manusia dan Rasulullah Saw adalah contoh perbuatan dalam hal air liur dan keberkahan mulut ini. Sehingga perbuatan bersatu atau bersiwak sangat terpuji dan Allah Swt REDO dan menggunakan pahala sembahyang dua rakaat menjadi sebanyak 70 kali. Pasti besar rahsia air liur sesuai dengan keberkahan mulut semata-mata nak menjaga kualiti air liur yang bersamaan dengan kesihatan darah kita. Jika tidak akan menyusahkan ummat jika Rasulullah Saw memberikan syarat wajib pada setiap kali ambil air sembahyang maka bersugi itu adalah salah satu syarat sah dalam mengambil air sembahyang.

Gigi yang kotor akan menjadi ruang pembiakan bakteria. Maka dalam air liur juga ada bakteria baik yang akan melawan bakteria jahat. Bermakna bersugi itu menjaga kualiti air liur agar bersih bersama zat-zat makanan yang akan masuk ke dalam perut dan menjadi darah daging, tubuh, otak, akhlak dan akal kita. Zaman dahulu bersugi boleh sahaja dengan kayu siwak, garam, arang dan sabut kelapa. Tetapi zaman moden ini lebih terjadi dengan ubat gigi yang mengandungi bahan yang sama dengan kandungan pada sifat kayu siwak iaitu fluorine. Flourine dalam atom No 9 ini bersifat pengalir yang paling beriaksi luar biasa dengan mana-mana atom.  Air liur yang bersifat sama mengalir dari mulut. Flourine sifat yang sangat beracun jika disalahgunakan. Apa yang kita makan banyak mengandungi molekul atom yang menjadi alahan atau zat baik untuk kita. Oleh itu jagalah kebersihan mulut dengan cara yang dituntut iaitu kebersihannya dan jagalah juga bahasa ucapan yang bakal keluar dari mulut dengan bahasa yang baik-baik sahaja.

Semoga dengan membersihkan mulut dengan bahan mulia ini akan dapat juga menjaga mulut dan kata-kata selain kebersihannya. Sebaiknya campurkan sedikit ubat gigi dengan GARAM BOOSTER bagi kes masalah mulut seperti user pada gusi dan sebagainya.

Tugas saya hanya menyampaikan. Wallahu A'lam Bish Shawbi. Hanya Allah Swt yang maha tahu.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.cvtmalaysia.blogspot.com