ILMIAH CVT MALAYSIA

April 8, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Formula lengkap NW 1 sehingga NW 20 disusun mengikut fungsi anatomi dan fisiologi tubuh. Gelombang dalam frekuensi spektrum warna cahaya matahari di rakam secara terus pada berbagai bunga-bungaan bertindak sebagai antidot terus menjangkau jauh menghantar mesej atau signal pada sel-sel tubuh. Impuls atau isyarat yang di analisa pada sistem saraf di otak sangat mempengaruhi sistem kelenjar yang mempengaruhi sistem HORMON di dalam darah. Ternyata penyakit dan karakter satu entiti yang sangat berkaitan dan saling mempengaruhi. Rasa sedih, sunyi, dan pilu berkaitan emosi pada otak. Manakala rasa dukacita, hampa dan kecewa pada jantung dan paru-paru. Bermakna munculnya penyakit pada otak dan jantung itu berkaitan karakter negatif yang berterusan ini. Formula NW secara bioenergi dapat mengubah karakter dan penyakit kerana keduanya adalah satu bentuk tenaga. Zat tenaga pada pemakanan adalah faktor utama menjadi pemangkin dalam menambah kesan beban dan keracunan pada darah. Ternyata hormon itulah ubat semulajadi yang ada di dalam darah dalam menyusun bahan pada racun untuk ditukar menjadi potensi energi mengikut frekuensi NW. Hakikatnya penyakit dan karakter dapat dirawat serentak.

Pengetahuan erti kehidupan beragama yang percaya adanya tuhan bersama Ilmiah biologi, fizik dan kimia perlu dalam memahami sesuatu penyakit. Namun fizik yang menguasai relatif masa atau energi selalu berubah berbanding kimia yang sentiasa sama riaksinya dengan ketetapan berat atomnya. Ternyata hormon sangat mempengaruhi KARAKTER dan karakter pula sangat mempengaruhi tahap kecerdasan kesihatan kita. Dan setiap manusia sebelum menempuh penyakit dituntut untuk mengawal dan mengubah karakter menjadi baik dalam tujuan menjaga kesihatan. Kitalah pengubah dan Allah SWT menetapkan jalan ke arah apa yang sedang kita berusaha untuk mengubahnya. Yang jelas kita perlu mengawal masa atau energi pada kekuatan akal di otak. Kerana ia sentiasa boleh berubah-ubah. Ketetapan massa pula perlu serentak dengan energi masa. Kita mencari bagaimana menuju keserentakkan yang sudah ada ketetapan itu. Segala-galanya kita ubah menjadi baik sekalipun racun di dalam darah kita dengan mengawal karakter kita.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia