ILMIAH CVT MALAYSIA

May 14, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tubuh manusia dibangkitkan dari tidur seumpama mati dan bunyi-bunyi perlu mengambil ruang dalam rahsia warna biru. Bunyi yang bertekanan menghidupkan sel-sel baru berkomunikasi dan menyusun peristiwa. Warna biru pengaruh bunyi pada rahsia zat mineral seperti garam yang bersifat Masin. Garam akan membebaskan oksigen pada dedaunan hijau apabila kerja solar plexus pada cahaya kuning dan jingga membuat kerja fotosintesis juga akan meningkatkan kerja metabolisma pada tubuh kita. Hijau bersifat payau selepas masin dan diikuti rasa masam pada sebelah petang. Selepas itu pengaruh warna merah bersifat manis akan mempengaruhi kesihatan darah dengan zat besi dan vitamin untuk kesihatan tulang. Zat penyusun seterusnya beriaksi dalam tindak balas gelap sebelum muncul cahaya untuk lemak di pecahkan dengan rasa pahit yang bersifat alkali. Begitulah empat sistem deria rasa tidak termasuk payau dan pedas pada lidah dan pengaruh warna sepanjang hari dalam rahsia cahaya dan warna.

Semua itu ada pengaruh matrik Angka juga. Warna biru pada matrik 5 sebagai prinsip atau menetapkan hala tuju dengan komunikasi berjaya sebelum terbit matahari dengan memasang niat. Matrik 9 umpamanya pada sesiapa yang berjaya bangun tengah malam pada otak yang sudah di cas semula. Sinar pada cahaya sangat terang selepas tindak balas gelap. Dan cahaya pertama dalam cahaya nampak yang akan muncul adalah merah jambu.

Zohor pembangkit tenaga dan pembersih energi cahaya terang yang dinaungi pada sempadan hijau dan kuning. Kerja sistem metabolisma dan pencernaan secara kimia pengolah solar plexsus matahari menggandakan zat bertukar menjadi tenaga jasmani.

Asar satu pertukaran atau peralihan masa atau energi yang ada di bumi naik ke langit dan dari langit turun ke bumi. Dengan peralihan warna kuning kepada jingga. Yang membimbangkan pada sudut waktu asar ini cahaya begitu mudah pecah menjadi warna pelangi. Kesihatan seksual dan reproduktif amat berkaitan dengan pengaruh warna oren yang paling stabil dan kukuh.

Magrib waktu yang amat mempengaruhi sel-sel darah. Dengan pengaruh warna merah yang membangkitkan rasa berani dan keyakinan diri menjelang waktu paling rencam ini. Jaga kebersihan dan mandi sebelum maghrib. Infra red yang terakam di dalam air dan banyak maklumat negatifnya ketika datangnya waktu maghrib pada selisih waktu paling rencam. Waktu magrib merah sangat kuat daya ketertarikan pada unsur-unsur halus dan air ada memori negatif disitu.

Isyak tindakbalas gelap akan menyusun zat pada istirehat yang mencukupi. Isyak mengagihkan penghantaran dan penyerapan zat dalam otot tulang sedang tubuh bersedia untuk istirehat dalam warna hitam.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia