ILMIAH CVT MALAYSIA

May 14, 2018

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

- TEORI SEBUAH ATOM ADA PADA KAABAH-

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Quantum SEJUTA WAJAH (SW) bila di bawa bersama tawaf di Kaabah seumpama energi yang kembali pada ruangnya semula. Seperti sirih pulang ke ganggang. SW dalam teknologi gelombang dengan prinsip elektron mengelilingi sel atau nukleas. Kaabah adalah jasad hitam yang menyerap semua sinaran atau doa yang di panjatkan ke atasnya. Kebarangkalian sinaran itu untuk keluar semula dari kaabah sebagai Jasad atau bekas adalah amat kecil. Berdoalah dihadapan Kaabah bermohon pada Allah swt. Elektron pada simbolik jemaah yang melakukan tawaf sebenarnya akan menghampiri nukleas dan itu sebenarnya batu Hajar Aswad. Seharusnya akan berlaku kemusnahan semula namun ia tidak akan pernah terjadi melainkan pada satu masa yang ditetapkan nanti. Kemaamatan cahaya di atas kuasa empat suhu mutlak di atas Kaabah akan membawa doa terus naik ke atas. Sebab itu apa sahaja keserentakkan di saat keperluan dan kecemasan SW sangat resonansi pada ruang dan masa di sekitar Kaabah. Keajaiban akan berlaku sesuai dengan Ilmiah di situ. In shaa Allah .

Teori sebuah atom ada pada Kaabah. Apabila tiada lagi tawaf maka akan berlaku kemusnahan pada alam semesta dan semua itu akan berlaku setelah matahari muncul dari barat. Apabila tiada lagi bunyi-bunyi lafaz memuji muji Allah Swt akan runtuhlah tiang-tiang kukuh penahan langit. Rasailah MIRACLE KAABAH dengan menolong sesiapa sahaja dalam keadaan kecemasan menggunakan SW. Semua itu dengan izin Allah Swt jua. Elektron boleh berada di dua tempat yang berlainan dalam satu masa. Sebab itu tidak hairan ada orang yang boleh berada di Makkah sedangkan Jasad sebenar masih di rumahnya. Tiada siapa dapat menjelaskan mekanik quantum ini melainkan agama dan keimanan. Doa yang menembusi dinding Kaabah. Kehidupan di Kaabah dengan segala aktiviti Ibadah seharian adalah teori dunia yang kita lihat kecil namun sebenarnya amat besar. Bawalah SEJUTA WAJAH (SW) apabila melakukan Ibadah umrah dan haji.

Mohon pada semua pengamal lebih aktif sebagai bekalan amal kita membantu sesama insan yang di kasihi.


Tugas saya hanya menyampaikan. Wallahu A'lam Bish Shawbi. Hanya Allah Swt yang maha tahu.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.cvtmalaysia.blogspot.com