ILMIAH CVT MALAYSIA

May 15, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Garam ada banyak khasiat untuk membangunkan zat-zat yang lain dalam tubuh. Tidak cukup garam akan merencatkan pertumbuhan tubuh. Garam menjadi pemangkin kalsium untuk membangunkan kekuatan tulang. Garam itulah sebenarnya metabolisma. Keseimbangan air dalam tubuh di kawal oleh garam. Namun yang jelas hari ini kita dikelilingi dengan garam yang sudah tercemar seperti mana gula yang sudah cacat. Orang tua-tua dahulu ada mengatakan mereka lebih dahulu makan garam. Bermakna mereka cukup pengalaman dan pengetahuan. Garam itu ada pengalaman dalam aktiviti kimia sebagai raja kimia di dalam tubuh manusia dan segala kehidupan. Siram pokok bunga umpamanya dengan kandungan air yang bergaram amat baik untuk melihat hasil pada dedaunan, bunga-bungaan dan buahnya. Pokok mangga yang terlalu mudah mengalami ancaman serangan dan ulat akan terus berbuah dengan rasa manis dan tidak berulat di dalam isinya apabila di letakkan pada pangkal pokoknya dengan sekilo garam pada setiap 6 bulan sekali. Apatah lagi pokok durian dan sebagainya bagi menambah lebat buahnya. Baja tanaman lain akan menjadi lebih berkesan dengan adanya campuran garam.

GARAM BOOSTER yang ada getaran tenaga begitu cepat mengesan hala tuju benda asing dalam tubuh. Aura biru pada matrik 5 garam akan bergetar dalam gema mengikut niat. Garam simbolik berjuta enzim dan asid amino. Tanpa garam tiada bunyi malah dunia akan menjadi senyap sunyi. Sel-sel tubuh akan kehilangan arahan untuk menjalankan fungsi. Keberkatan masa di bulan Ramadan ini akan menambah keajaiban kadar penyembuhan dalam berbagai rawatan penyakit berkali ganda. Sempena Ramadan kali ini CVT hanya beroperasi pada sebelah siang sahaja dengan masa di tambah sehingga jam 6 petang.  Saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf pada semua warga CVT agar Ibadah berpuasa kita nanti sama-sama dapat di lalui dengan nikmat mudah dan penuh berkahnya .

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia