ILMIAH CVT MALAYSIA

May 10, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Susunan zat bermula masin di waktu mula Subuh awal pagi dan diikuti masam di waktu tengahari hingga ke petang. Dari waktu asar menjelang maghrib rasa manis.  Di waktu malam penyusun zat untuk menjadi penawar adalah rasa pahit. Rasa pahit akan menjaga kualiti tidur yang penuh istirehat kurniaan Allah Swt. Namun tiada manis tidak ada gunanya kerja pahit. Apabila bangun dari tidur rasa pahit akan di aktifkan semula dengan membongkar garam dan zat akan kembali menambah aktif di awal pagi. Rasa pahit tidak boleh bekerja tanpa zat lain. Pendek kata semua zat bekerja secara sinkronis antara satu sama lain. Umpamanya ketika perut kosong kita mesti memulakan dengan makan zat manis ketika berbuka. Kerana manis tidak akan membongkar gas yang ada di dalam perut yang kosong. Sebaliknya akan mengubah dirinya menjadi tenaga dahulu sebelum menjalankan fungsinya. Jika terus makan benda pahit ketika mula berbuka maka gas-gas dalam perut terbongkar dan ini akan menipiskan dinding perut.  Gastrik atau angin akan membuat sendawa yang melemaskan pernafasan. Semua harus ada sistem dalam mengikut hukum sunnahtullah. Sebab itu dalam makanan yang seimbang semua zat rasa ada dalam satu menu makanan. Zat-zat ini akan bekerja mengikut masa yang ditentukan oleh sistem tubuh dan alam semesta.

Apa akan jadi pada perut yang penuh asid kuat jika kita tambah dengan makanan yang rasa masam diawal pagi. Pastikan garam yang bertempat terlebih dahulu di perut bagi menyekat  asid. Apabila zat makanan sudah di diagnos mengikut sistem tubuh maka zat makanan alahan ini tetap dipantangkan sampai bila-bila agar penyakit tidak berulang. Umpamanya jika kita menghadapi masalah kulit dan alahan pada ayam maka ayam itu patut di elak sampai bila-bila. Di masa akan datang jika di teruskan makan ayam penyakit selain kulit juga boleh muncul. Begitulah zat makanan menjadi alahan pada tubuh sebab riaksi kimia yang  berbeza. Begitulah cukup unik dan rahsianya zat pada tubuh yang boleh mengubah sifat atau karakter kita dan juga penyakit.  Zat makanan yang menjadi alahan bukan sahaja menjemput penyakit malah menjemput peristiwa atau kejadian yang tidak aman pada kehidupan kita. Penyakit gastrik umpamanya yang boleh membuat kita was-was dan keliru dan banyak membuat sangkaan yang negatif yang akhirnya semua apa yang bermain di fikiran menjadi kenyataan yang menyakitkan.

Makanan  alahan itu bermaksud tidak sesuai antara ruang dan masa dalam sistem keperluan tubuh kita.  Kita banyak pilihan zat yang lain. Hakikatnya untuk mencari makanan yang berzat tidak perlu dalam dosis atau jumlah yang banyak untuk memudahkan bertukar menjadi tenaga. Lebih sedikit dan halus serta ringan maka lebih bertenaga. Tetapi apabila kita sakit dan di cadangkan mengambil zat kimia sebagai penawar pasti dalam dosis yang melampau yang disangka mencukupi. Hakikatnya zat yang terbaik yang bersifat dipertenagakan adalah telah melalui proses penghalusan bahan dalam kadar paling kecil sehingga tidak masuk akal logik seolah-olah kita telah menghilangkan sepenuhnya zat dalam ubatan yang di saring itu. Malah satu keperluan zat boleh di haluskan berkali ganda dan dapat di kongsikan dengan berpuluh pesakit pada jumlah zat yang sama. Yang pasti zat mestilah asli. Itulah rahsia penyediaan ubat yang bertenaga. Istilahnya kita menolak kepekatan zat. Ubat perlu diolah berkali-kali dengan air jika terlalu pekat. Akhirnya semua zat akan bertukar menjadi tenaga. Zat yang gagal di tukar menjadi tenaga akan terus menjadi toksik dalam darah kita. NW adalah inovasi jalan pintas mendapatkan persamaan tenaga sel-sel tubuh mengikut frekuensi atau ukurannya.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia