ILMIAH CVT MALAYSIA

May 14, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Garam apabila dipanaskan serta merta layak di sebut sebagai radikal bebas. Kepincangan elektron akan berlaku. Garam yang di panaskan akan mengurangkan rasa enak pada makanan. Rasa enak di lidah itu adalah tanda makanan itu dapat diterima oleh perut. Orang yang sakit dah tiada selera makan sebaiknya terus berpuasa. Kerana itu tanda tubuh tidak bersedia untuk menjalankan metabolisma dan pastinya makanan menjadi toksik dan sia-sia pada tubuh jika di makan juga. Untuk merangsang deria lidah dan menaikkan keinginan untuk makan maka garam dijadikan pembuka selera. Garam yang diambil secara segar adalah lebih berkhasiat. Tidak ada makanan yang lebih berperisa dan enak tanpa garam. Deria lidah orang yang sihat amat tajam mengesan garam yang tidak bermutu. Kandungan Garam tidak boleh diubah seperti mana kebanyakkan garam yang proses semula dan mendakwa kononnya RENDAH sodium. Garam mesti berada secara semulajadi seperti garam laut dan garam bukit. Hakikatnya garam terjadi hasil keseimbangan asid dan bes dan muncullah garam. Sodium atau natrium adalah garam yang sama. Natrium klorida dan kalium klorida adalah dua unsur yang sifatnya berpasangan dalam membentuk  ion. Garam yang semulajadi akan mempertahan zat dan menghasilkan rasa yang lebih enak. Garam yang di ubahsuai seperti ajinomoto amat cepat mengubah rasa pada makanan menjadi basi atau rosak di dalam perut dan menyebabkan perut kembung dan banyak gas. MSG glutamat dalam kebanyakkan bahan pembangkit rasa mungkin tidak mengubah keaslian rasa makanan namun amat cepat membuat makanan menjadi basi atau rosak.

Amalkan garam booster dengan ais dan berdiri.  Ion negatif pada garam meluru laju ke seluruh tubuh dan berjaya menuju buah pinggang. Stress atau keletihan akan dapat di kawal bila garam berjaya sampai ke buah pinggang.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia