ILMIAH CVT MALAYSIA

May 14, 2018

-ILMIAH CVTSB-

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Usus besar akan menjadi rosak dalam keadaan buruk dan sangat uzur di sebabkan zat makanan yang menjadi alergi pada tubuh. Pintu masuk  segala zat makanan akan bermula dari usus kecil dan usus besar. Selama  ini apa yang kita makan terdiri dari zat-zat yang mencemarkan usus.  Usus yang sudah tercemar dengan menghimpun banyak penyakit dalam darah  akan memberi isyarat pada otak yang mengawal pusat  kawalan nafsu iaitu hipotalamus. Deria keinginan pada otak akan memberi isyarat pada makanan yang menyumbang pada bertambah berat keadaan  penyakit. Selera orang sakit akan sentiasa  mengarah pada zat-zat yang tidak sesuai pada tubuh.

Hubungan NW 19 dan NW 4  umpamanya pada pesakit migraine dan epilepsi. Usus seperti terkena renjatan elektrik dan menular terus ke otak. Bayangkan selama ini pesakit akan tertarik pada makanan masam seperti buah epal hijau.  Di sangka baik untuk kesihatan dirinya.  Sedangkan setelah di diagnos menjadi alahan yang kuat. Keinginan pada tekaknya sangat berselera dengan ikan bawal, ikan parang dan ikan tenggiri serta kambing yang mengikutkan semua zat makanan yang digemari  ini menambah himpun khazanah penyakitnya selama ini. Begitulah pesanan pada otak dikelirukan oleh usus apabila kita sakit. Oleh itu NW 19 yang mencemarkan darah dan bermula penyakit harus di cegah dari awal. Perut keras dan kembung berangin dan sembelit sesekali direa biasanya dipandang ringan dan dianggap biasa-biasa sahaja.

Namun bermula dengan NW 20 untuk merawat sistem saraf dahulu adalah lebih ilmiah sebelum NW 19 dan NW 18. CVT dengan kaedah rawatan mengikut sistem fisiologi. Merawat usus akan dapat membuat detoksifikasi dalaman tubuh bersih untuk mengelakkan tindakbalas.
Harap maklum. Semoga pengamal baru akan tahu  untuk memulakan rawatan dengan kaedah yang betul.

Namun diagnosis AK adalah jalan pintas menggunakan NW mengikut sistem fisiologi tubuh ke arah penyembuhan jika dapat mencari alahan pemakanan dan makanan yang sesuai dengan keperluan tubuh secara individu.

Oleh PROF DR NORHISHAM WAHAB
#cvtmalaysia
#hydrotherapyice