ILMIAH CVT MALAYSIA

June 10, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Benarkah iblis, jin dan syaitan diikat semasa bulan ramadan. Namun kenapa ya ketika rawatan dibulan ramadan dijalankan secara quantum masih ada pesakit yang meracau dan menampakkan jelas ada gangguan jin. Sebenarnya tiga golongan yang diikat ini adalah yang terbiar dan menduduki ruang-ruang yang sunyi, kotor dan terasing. Secara fizikal tidak mungkin ia dapat menjelma kerana radiasi baik cahaya matahari di waktu siang penuh dengan elektron dalam cas-cas negatif ion yang terbit dari zikir dan ibadah tarawih memuji nama Allah Swt di malam harinya. Jika tidak diikat nescaya akan terbakar mudah sifat api ini dan jaminan usia yang diberi tempoh masa hingga kiamat akan lenyap dan tiada lagi ujian menguji keimanan manusia.  Bermakna jika masih ada gangguan itu adalah qorin dari jin dalam diri kita sendiri dan jin belaan saka yang di warisi. Itulah akibat perbuatan syirik datuk, nenek moyang kita terdahulu terjebak jauh meminta pertolongan selain Allah Swt.

Hasutan tiga golongan ini sangat aktif dibulan ramadan jika pesakit tidak cukup bersedia dan tidak memahami. Oleh kerana sifat kejadian iblis ini dari nyalaan api maka radiasi yang sangat berbahang panas akan dapat di rasakan. Oleh itu rawatan 9 kali mandian hidroterapi ais dengan NW1 sangat diperlukan. Tiga golongan ini dalam bentuk radiasi positif ion yang perlu dibersihkan secara agresif dan konsisten. Perlu diingat bahawa radiasi sebagai salah satu bentuk tenaga bersifat hidup dan berkembang dan boleh menular. Penyakit saka dan terkena sihir perlu mandian hidroterapi ais 9 kali untuk memastikan radiasi benar-benar bersih tanpa ada sisa. Penyakit akan berulang dan kembali seperti biasa jika tidak dibuang secara total.

Masih ada masa lagi untuk kita mengambil kesempatan buang radiasi di waktu siang yang penuh cahaya.  Banyak negatif ion dan kadar elektron yang tinggi. Pada yang ada gangguan halus sebaiknya ambil kesempatan 10 terakhir Ramadan ini. Bersihkan diri dan dapatkan ketenangan. Sila buat tempahan Hidroterapi Ais (HDI) di  Home Spa. 10 hari kemuncak cahaya Ramadan. Sempena cuti hari raya ini kita akan berjumpa dengan sahabat handai. Kunjung mengujungi merapatkan dan menyambungkan silahturrahim. Sebaiknya raya kali ini kita penuhi dengan sembang Ilmiah. Bercakap hal-hal yang bermanfaat mengenai kesihatan. Penyakit paling popular selepas Ramadan ketika berhari raya adalah usus besar.  NW 19 perlu di bawa bersama balik kampung.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia