ILMIAH CVT MALAYSIA

June 10, 2018


-ILMIAH CVTSB-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mohon di ingatkan pada sekurang-kurangnya SEPULUH orang yang kita kasihi akan pesanan lalilatuqadar. Andai ada yang di ingatkan itu terpilih mendapat hadiah masa dalam cahaya berganda ini dapat juga kita pahalanya. Daya ketertarikan adalah lantunan bergema bacaan Al-quran walaupun perlahan. Orang yang berjiwa lembut dengan sifat kasih sayang yang sejati adalah pilihan yang pasti. Orang lurus bendul lebih dekat lagi. Isnin malam Selasa. Merah jambu dan kasih sayang hari Selasa. Terangi rumah dengan lampu-lampu bagi menghidupkan malam cahaya qadar ini. Rasai hadirnya cahaya ke dalam jiwa apabila satu ketenangan yang tidak terhingga. Sabar sudah di uji. Ikhlas sudah di uji dan kita redha dengan Ibadah ini. Akhirnya hening jiwa dari hati yang suci dapat di rasai.

Isnin malam Selasa malam ke 27 itu adalah MALAM INI. Kita cuba ya!!. Walaupun banyak gandaan pahala dalam berbagai ibadah yang lain namun yang paling banyak adalah lailatulqadar. Bacalah surah malaikat kerana malaikat yang di utus membawa kebaikan. Malaikat yang terbang dengan kencangnya. Malaikat yang menyebarkan rahmat dengan seluas-luasnya. Yang membezakan mana yang hak dan bathil. Malaikat yang menyampaikan urusan dan menolak alasan-alasan. Yang memberi peringatan. Sesungguhnya apa yang di janjikan pasti akan terjadi. Juga surah An-NUR. Allah Swt memberi cahaya pada langit dan BUMI. Cahaya atas cahaya. Sesungguhnya apa yang di janjikan pasti akan terjadi sebaiknya iktiqaf di masjid-masjid. Allah Swt maha pemberi kurniaan dan rezeki pada siapa yang dikehendakiNYA.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia