ILMIAH CVT MALAYSIA

June 6, 2018


-ILMIAH CVTSB-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahli sains yang tidak percaya tuhan menafikan cahaya sebagai masa dan menafikan masa itu wujud. Mereka tidak percaya tuhan namun masih melihat adanya cahaya. Bermakna mereka juga tidak akan percaya adanya malaikat untuk segala gerak kerja mahu pun kerja sebuah sel.  Malah mereka menganggap jika ada masa sekalipun masa itu boleh berhenti dan boleh pula bersifat infiniti yang tiada kesudahannya. Ini juga membingungkan seperti apa yang kita belajar di sekolah. Yang tidak terikat oleh masa hanyalah pencipta iaitu Allah Swt. Masa itu wujud dan boleh bertukar banyak bentuk rupa kerana masa itu sebuah energi. Rahsia kecepatan cahaya dan malaikat. Malaikat juga satu bentuk makhluk yang di cipta dan ada rupa bentuk dari cahaya yang pernah di lihat oleh Rasulullah Saw. Cahaya malaikat bergerak lurus dan tidak akan sesekali melencong apatah lagi untuk melanggar perintah tuhan. Malaikat akan mendoakan dengan sayap yang lebar seumpama awan melindungi bagi pencari ilmu. Manusia dari tanah, air, api dan angin yang lebih mulia di sisi Allah Swt yang paling banyak di uji. Ujian bagi meninggikan martabat manusia itu sendiri bagi yang mengetahuinya akan menunggu-nunggu ujian. Kesimpulannya kelajuannya cahaya pada bulan sebenarnya lebih laju dari cahaya matahari. Di sisi kita satu hari jibrail turun dan naik adalah seribu tahun. Bermakna hanya memerlukan 2 detik atau 2 saat sahaja masa jibrail untuk membawa urusan dari langit turun ke bumi atau membawa naik catatan amal ke langit untuk di tukar menjadi pahala. Yang jelas ketika cahaya dalam cahaya pada malam lailatulqadar itu semua makhluk di langit dan BUMI termasuk ikan di dasar laut akan mendoakan kita untuk di beri rahmat terus dari Allah Swt. Gandaan masa 1000 bulan yang bersamaan 83 tahun cahaya sesuai dengan usia atau masa tua manusia.

Cahaya matahari bersifat panas dan ada bayang. Cahaya bulan pada mukjizat Rasullullah Saw meredupkan kepanasan dan tiada bayang ketika mengiringi matahari di awal pagi. Berdoalah dalam mencari lailatulqadar. Mohon maaf pada sesiapa sahaja agar tiada sangkak halangan sehingga menutup satu keindahan ILUSI dan tidak dapat menjadi nyata. Jika tidak kerana kecepatan cahaya dalam sudut pandang fizik cahaya di jadikan dasar sebagai kecepatan tertinggi dalam perhitungan jarak. Maka perjalanan naik dan turun iaitu Israk Mikraj bersama jibrail itu adalah sangat masuk akal pada orang yang beriman. Berselawatlah ke atas junjungan kekasih Allah Swt ini. Selawat itu akan di pantulkan atau di balikkan semula pada siapa yang melontarkannya berkali ganda. Jadi kitalah yang akan mendapat cahaya itu semula dengan ketepatan masa selawat itu. Cahaya bulan dan kedudukan bulan mengiringi matahari pada pagi lailatulqadar amat unik. Bulan ada sifat memantul kerana kerak lapisan luar yang amat keras terdiri dari titanium dengan ruang kosong di dalamnya seumpama loceng gergasi yang amat bergema.

Meraikan hari raya untuk tahun ini kita mulakan dengan niat membantu sesiapa saja yang memerlukan rawatan. Pengisian tanda kesyukuran. Rahmat menyambung silaturrahim. Sediakan bekalan formula yang secukupnya untuk di bawa pulang berhari raya.  Kita akan bertemu dengan orang yang memerlukan. InshaAllah..

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia