ILMIAH CVT MALAYSIA

June 7, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bersungguh-sungguh dan tekun melakukan sesuatu dengan memelihara tingkah dan laku. Rahsia malam kesepuluh terakhir sebagai simbol angka 10 yang menyempurna segala sesuatu. Semoga kita tidak bertelagah atau mempertikaikan masa datangnya lailatulqadar kerana itu amat merugikan. Sesungguhnya lailatulqadar bukan hal yang ghaib tetapi boleh memiliki dengan pemantauan pencarian oleh manusia yang menginginkan kemuliaannya.

LailatulQadar: Malam bermandi cahaya. Malam 1000 bulan. Qadar ialah gandaan keberkatan dengan kadar 10. 1000 bulan bersamaan 83 tahun.  8+3 = 11 = 2.  Kembali menjadi angka 2. Simbol kasih. Warna merah jambu. Jika matrik 8 adalah perasaan. Yang mengalami rasa kasih itu adalah perasaan di dada pada organ jantung dan paru paru. Jantung adalah simbol kasih atau cinta. Matrik 3 adalah rasa kasih dan sayang. Rasa cinta, kasih dan sayang sebenarnya akan memadam nafsu dan segala kejahatan, kekejaman, kerakusan dan ketamakkan. Gandaan sifat cinta dan kasih sayang. Tanda-tanda kita ada sifat itu adalah menolong sesama insan. Sanggup berkorban diri dan nyawa kerana mahu menyelamatkan orang lain yang tidak kita kenali sekalipun. Rasa simpati dan sedih pilu melihat kesusahan orang lain. Tidak tergamak membiarkannya. Tidak zalim dan adil beriman rasa.  Memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuat kesusahan dan penganiayaan. Tidak membalas dendam. Memberi makan binatang yang kelaparan. Menyelamatkan binatang yang dalam kecederaan. Merawat luka binatang sampai sembuh. Membebaskan burung peliharaan dalam sangkar terkurung. Mengutip kayu atau apa sahaja benda di atas jalan raya yang dikhuatiri merbahayakan orang lain yang akan lalu di situ. Memberi makan berbuka yang baik pada mereka yang berpuasa. Memberi perlindungan pada orang yang meminta pertolongan.

Rahsia terbesar untuk mencapai rahmat Allah Swt pada cahaya pertama yang muncul adalah merah jambu. Itulah kasih sayang. Rasa simpati. Rahsia بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم - bismillahirrahmanirrahim. Yang maha pengasih lagi maha menyayangi. Belas kasihan. Jangan sakitkan hati ibu dan bapa. Hormati orang tua. Jangan usir orang yang meminta-minta. Jaga silahturrahim dan bertanya khabar. Jangan membenci. Rasa hiba pilu dan sedih melihat atau memikirkan kesusahan orang lain. Kasih sayang sesama insan dan makhluk Allah Swt. Apa gunanya dahi hitam kerana kuatnya amal Ibadah dalam bersolat namun selalu membidaahkan dan mengkafirkan sesama Muslim. Ada kesombongan diri. Ada rasa diri lebih baik dari orang lain dari segi amal. Namun apabila di uji hal-hal kasih sayang yang bersifat prihatin tidak ambil peduli malah tidak sedikit tersentuh di hati. Orang lain yang bukan dalam Islam adalah musuh dan tidak perlu di tolong. Mudah nak rasa marah, geram dan sakit hati. Jika ini ada dalam diri kita maka itu amat jauh dengan sifat rahmat gandaan. Ini sifat yang amat jauh dari kasih sayang Allah Swt.

Saya menunggu isnin malam selasa minggu hadapan. InshaAllah

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia