ILMIAH CVT MALAYSIA

June 10, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Lailatulqadar adalah malam penentuan dan ketetapan. Penentuan nasib manusia itu sendiri. Bermula awal malam adalah selepas isyak sehingga ke subuh. Waktu boleh berlaku sepanjang malam namun pendapat majoriti ulama adalah selepas tengah malam. Apa tanda-tanda yang kita sudah didatangi Qadar cahaya itu. Tanda paling indah adalah perasaan kita yang nyaman, tenang, dan tenteram mencapai keheningan. Jika sedang solat pengerakkan lebih mudah segar dan tidak letih. Bermacam ibadah di penuhi sepanjang malam Qadar itu namun yang paling kuat usaha ke arah memburu cahaya Qadar itu adalah dengan membaca Al-quran. Alasannya Al-quran di turunkan bersama para malaikat pada malam itu. Keserentakkan yang menuju ketetapannya akan bertemu dalam bacaaan Al-quran. Kerana Al-quran itulah gandaan cahaya putunjuk yang menerangi diri. Bermakna Qadar itu akan di rasai di dalam jiwa yang bersih dan di hidupkan dengan bunyi-bunyi dari bacaaan Al-quran pada malam yang kita tunggu itu. Ada yang sudah mula membaca dari malam pertama lagi dan sehingga malam-malam seterusnya tanpa tinggal dan akhirnya ia bertemu dengan satu energi yang menyerap masuk ke dalam jiwa yang tenang. Tidak perlulah kita menunggu untuk melihat tanda Qadar itu di luar diri kita. Seperti pokok yang turun tunduk langit malam yang cerah dan keadaan suhu yang tidak sejuk dan tidak panas. Angin bertiup lembut sehingga keadaan seperti senyap sunyi. Waktu sebelum subuhnya ayam berkokok lebih meriah kerana nampak para malaikat yang turun. Jadi semua fenomena tidak semestinya akan berlaku serentak pada semua orang. Pada yang terpilih sahaja yang akan menyedari hal-hal ini. Yang lain akan terhalang dengan tertidur leka dan cuai. Rasulullah Saw pernah menceritakan pengalaman beliau mendapat tanda itu pada malam ke 21 apabila terasa dahinya basah dan ada kesan tanah melekat di dahi Rasulullah Saw ketika sujud. Jelas satu fenomena malamnya hujan turun dengan lebatnya yang selama itu hujan tidak pernah turun.  Bermakna sahabat yang lain tidak menyedari akan hadirnya Qadar. Qadar itu hadir dan sangat peribadi mengikut amalan masing-masing. Kesemua fenomena ganjil itu bukanlah tetap akan terjadi sebegitu. Yang merasainya adalah jiwa yang tenang dan akan menyedari diri sudah di hadiahkan cahaya Qadar itu.

Nabi memberi pesan keutamaan doa yang pertama apabila menyedari hal ini  adalah memohon keampunan dari segala dosa. Apabila dosa sudah di ampunkan maka sepanjang hari seterusnya apa sahaja doa yang lain akan termakbul tanpa halangan lagi. Semua doa mudah di bawa naik oleh malaikat kerana tidak ada lagi dosa. Yang menjadi kemuncak fenomena yang pasti mengejutkan semua manusia adalah bukti cahaya pada alam ini adalah di waktu paginya sinar matahari tidak terik. Ada cahaya tapi tidak panas. Maksudnya matahari tanpa sinar yang tajam. Tidak menyakitkan mata jika kita melihat matahari. Itulah bukti ion-ion negatif lebih banyak. Para malaikat yang bercahaya memenuhi segala ruang. Fenomena ini pada yang nampak namun pada malam itu terlepas rasa Qadar menyerap ke jiwa maka itu satu kerugian. Fenomena cahaya pagi ini bersifat universal dan ini satu-satunya yang dinyatakan dalam hadis sohih di sepakati oleh semua ulamak. Fenomena ini sungguh satu signifikan rahsia Qadar dan cahaya yang akan di akui oleh apa agama sekalipun. Malam ke 27 ganjil. Tapi kita sudah tidak jelas mana yang ganjil dan mana yang genap pada waktu yang tetap kerana anak bulan tidak kelihatan dan menetapkan esoknya sebagai Ramadan. Panduan saya tetap Isnin malam Selasa mlm ke 27. Matrik 2 adalah gandaan dan matrik 7 adalah jumlah yang banyak tidak terbatas.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia