ILMIAH CVT MALAYSIA

July 12, 2018


- Penerangan sistem berpasangan fisiologi NW -

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ada banyak misteri disebalik angka atau nombor. Bersifat kod dan menjadi ukuran semua benda. Ilmu tersusun dalam warna yang tidak diragukan lagi. Jika nombor SATU itu dimulai dengan warna merah dan nombor SEMBILAN diakhiri dengan warna putih dan jika digabungkan akan menjadi merah jambu dan begitulah seterusnya susunan warna terjadi mengikut susunan angka. Jelas manusia dicipta dalam susunan paling sistematik dalam matrik penciptaan. Jelas nombor itu ada energiNYA yang tersendiri. Susunan nombor mengikut urutan dapat ditelitikan pada masa kehamilan selama Sembilan bulan dan Sembilan hari. Susunan warna dalam sistem fisiologi tubuh teratur dalam warna mengikut sifat asid dan kealkalian. Jika digabungkan warna asid dan warna alkali akan tersusun semula angka.

Jelas bahawa energi dalam tubuh manusia tersusun dalam susunan 9 warna.  Warna alkali di bahagian atas yang mendominasi otak dan warna asid di bahagian bawah mendominasi sistem penghadaman dan seksual. Atas alasan itu keseimbangan asid dan alkali perlu. Keseimbangan NW juga perlu seperti NW 4 berpasangan dengan NW19.  NW8 berpasangan dengan NW 12, NW14 dan NW15. Membersihkan asid di perut akan merangsang otak.  Merangsang otak akan menguatkan kerja pencernaan. Namun garam dan air yang neutral dan sudah ada sifat keseimbangan akan mengimbangi mana-mana bahagian yang tidak seimbang dengan tumpuan pada bahagian hijau iaitu jantung dan paru-paru. Kembali pada warna dan nombor dalam menterjemahkan ilmu tersirat dapat memecah rahsia ilmu penyakit yang misteri dan menjadi semakin mudah. Dengan menyingkap ilmu yang tersirat dalam rahsia warna dan angka semua perkara menjadi semakin ringkas, cepat dan menjimatkan. Namun manusialah yang menjadikan sesuatu perkara menjadi semakin kompleks, rumit, dan lambat malah merugikan. Pengamal CVT yang diberi cahaya petunjuk dapat meneruskan perjuangan ini. 

NW 7 mengawal NW11 rentak jantung. Simbolik jantung itu pada telinga di bahagian luar. Aliran darah di telinga sama kekuatan aliran darah di jantung. Telinga sebagai keseimbangan suhu. Suhu darah yang panas di jantung juga dapat di bantu oleh telinga di bahagian luar. Telinga akan merah tanda aliran darah bertambah bila kita sedang marah. Allah Swt memberi petunjuk ilmu yang kita tidak mahu memperhatikan. Kerana kita ego maka kita meremehkan ilmu warna dan angka yang nampak mudah tetapi sebenarnya hidup. Matrik 9 dengan warna putih adalah kemuncak kekuatan. Mengawal kelenjar pineal dan pituitary pada NW 1 dan NW 2. Kejutan yang menghilangkan semangat. Dan semangat itu akan di kembalikan memori atau ingatannya dengan NW 2. Kita sebenarnya mengejar visi sinar cahaya pada matrik 9. Sebagai peringatan tiada istilah warna sial atau angka sial. Semua memiliki keistimewaan yang tersendiri pada setiap individu. Hanya ada yang menjadi alahan sahaja seperti mana zat makanan pada gen individu. Percaya pada sial bermakna kita hilang salah satu syarat atau peluang keemasan untuk masuk ke syurga tanpa hisab. Melihat saiz telinga yang besar bermakna usia dan vital energi seseorang itu juga besar dan panjang usianya. 

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia