ILMIAH CVT MALAYSIA

July 10, 2018

-ILMIAH CVTSB-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Awal bangun pagi kita mencari bunyi. Ketika itu cahaya matahari belum lagi nampak Itulah rahsia garam dalam frekuensi 440 hz. Selepas subuh dengan bunyi paling hidup atau bergetar dengan cahaya warna biru muda. Selepas mengamalkan GARAM BOOSTER yang di rakamkan diharapkan kita mengeluarkan suara untuk menggetarkan sel-sel tubuh khasnya pada kelenjar tiroid yang menjadi hala tuju kehidupan kita. Garam ada getaran bunyi yang boleh di niatkan. Kenapa garam boleh di niatkan dan akan mendengar perintah??.  Kerana hanya garam adalah atom yang berpasangan yang memiliki ion positif natrium dan ion negatif klorida. Itu adalah bukti bahawa amalan meminum air zam-zam dengan niat kerana ada rahsia yang ditemukan oleh sains kimia dan fizik bersatu. Begitulah layaknya garam dalam ilmu kuantum fizik yang menjadi rahsia alam semesta untuk membuktikan adanya tuhan yang mengatur sekalian alam.

Garam perakam niat paling tepat. Sebelum minum niatkan terlebih dahulu untuk memulakan hari dengan baik. Contoh yang mudah. Ya Allah Swt permudahkan segala urusan aku sepanjang hari ini. Garam akan menyusun hablur mengikut susunan niat. Ketika waktu itu perut sangat aktif untuk beriaksi secara kimia. Dan adalah paling baik ketika perut kosong itu kita mengamalkan NW yang menjadi keperluan pada penyakit yang sedang kita alami. Getaran NW lebih bertekanan untuk memberi tenaga pada seluruh tubuh sebelum zat-zat makanan lain masuk. Selepas setengah jam barulah kita memulakan bersarapan. Bermakna jika di tanya waktu bila getaran NW sangat tepat menuju sasaran untuk bekerja maka jawapannya adalah di waktu perut benar-benar kosong. Masukkan energi terlebih dahulu. Tenagakan tubuh terlebih dahulu. Otak dan tubuh akan bekerja serentak. Sistem saraf waktu perut lapar paling aktif.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia