ILMIAH CVT MALAYSIA

July 31, 2018


-ILMIAH CVTSB-

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SAMBUNGAN…..

Simptom sakit-sakit dengan bisa rasa menyucuk pada tulang di kaitkan dengan kekurangan kalsium. Kalsium itulah sebenarnya ubat penahan sakit semulajadi.  Wanita yang mengandung lebih memerlukan kalsium dalam waktu menyusukan atau ketika usia meningkat tua. Tulang yang sihat akan menolak sihir dan gangguan halus. Selepas haid wanita akan banyak kehilangan kalsium dalam darah.  Dan tulang belakang yang sihat akan mengeluarkan darah sebagai ganti.  Penyakit osteoporosis lebih menyerang wanita berumur dan tulang belakang yang bengkok atau kelainan struktur tulang. Hampir kebanyakkan wanita yang sudah beranak akan mengalami kelainan struktur bentuk tulang dan otot.  Punca utama adalah minum susu yang sudah di masak dan mengamalkan air suam.  Minumlah air segar yang banyak mineral khasnya kalsium yang aktif dan kuat. Rantaian polypeptide dulu akan pecah dan molekul-molekul menjadi renggang. Prebiotik dalam susu tepung juga musnah.

Saya masih ingat bila melihat kaum benggali yang membela lembu susu namun kebanyakkan orang-orang tuanya memiliki kaki yang bengkok. Walhal mereka minum susu. Jawapannya adalah mereka memasak susu segar itu untuk di komersialkan. Yang minum langsung dari susu segar lebih baik. Hormon dan enzim juga sangat sensitif dan tidak mampu bekerja dengan susu yang sudah di rosakkan dengan di panaskan secara berlebihan. Minum susu saat perut sudah kosong tidak digalakkan kerana usus tidak akan menyerap nutrisi didalamnya  kerana kehadiran gas.


BERSAMBUNG….


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia