ILMIAH CVT MALAYSIA

July 30, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hakikatnya zat tidak boleh di panaskan apatah lagi secara berlebihan. Susu yang mengandungi berbagai zat mineral dan vitamin perlu di minum dalam keadaan semulajadi. Vitamin C dalam susu sangat rentan pada suhu panas. Kalsium akan tidak aktif lagi dan menjadi urik asid dan batu karang. Kalsium tidak mampu tembus masuk ke dalam tulang. Tulang semakin rapuh walaupun mengamalkan susu tinggi kalsium. Usus besar orang tua tidak sama dengan usus bayi dan kanak-kanak. Semakin tua semakin usus gagal menyerap zat. Sesuatu yang di panaskan membuat zat menjadi lebih menjauh mengembang dengan saiz yang besar. Dan ini lebih sukar di tukar menjadi tenaga. Semua zat akan menjadi gas. 

Bayangkan jika susu ibu di masak. Atau susu tepung seperti susu Anlene yang mengandungi kalsium di masak atau di campurkan dengan air panas. Yang akan terjadi hampir sebahagian besar zat akan musnah atau hilang. Perut bayi akan mudah kembung kerana susu yang di panaskan bersifat memual atau mengembang. Ini salah faham yang selama-lamanya sudah tertanam dalam benak fikiran kita. Susu segar sudah siap sedia mengandungi bakteria anti inflamasi dan jika di panaskan akan mematikannya. Susu akan hilang anti pencegah kuman dan cepat basi. Sebab itu semakin orang tua mengamalkan susu tinggi kalsium malah semakin tulang menjadi reput dan mengalami penyakit osteoporosis yang teruk. Kerana tulang dan kalsium gagal menyerap antara satu sama lain malah menolak.

BERSAMBUNG…….

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia