ILMIAH CVT MALAYSIA

July 10, 2018

- RINGKASAN ILMIAH KURSUS MAJLIS HARI RAYA-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita semakin sedar akan keterbatasan kita apabila mendapat pencerahan. Hasil mutlak itu hanya dari tuhan. Semakin banyak kita tahu semakin terasa kita bodoh. Wal hal kita hanya mencari jawapan kebenaran dalam dua persimpangan. Ilmu yang benar pasti tidak memberi kemudaratan. Ternyata yang benar adalah dari Tesla yang lebih, selamat, mudah dan Jimat. Contoh ilmu dalam bidang kejuruteraan elektrik yang ditemukan Oleh Thomas Edison dan Nikola Tesla. Arus DC terus  AC ulang alik. Begitu juga dengan kerja kita di cvt yang kita terus menerokai. Biarkan masa depan yang akan menilai kebenaran segala karya yang di ilmukan. Seorang ilmuan tidak mengharap hasilnya di terima segera. Jika tuhan ingin memberi cahaya pasti melalui ilham dahulu.  Idea dan kreatif dalam hubungan otak dan jiwa dengan hati yang ikhlas. Pembohongan itu dari hati yang tidak ikhlas. Dan kudrat untuk bertindak dengan upaya yang ada. Berfikir secara jernih akan menghasilkan rahsia besar diri dan kejadian alam semesta dengan keberadaan tuhan. Penemu Ilmiah paling canggih untuk digunakan pada era moden mestilah bersifat mudah, jimat, percuma dan selamat serta tak akan habis. Jangan berfikir keras dan mendalam kerana itu akan membuat kita gila. Hanya perlu berfikir secara ikhlas atau jernih. Prinsip ilmu dalam HDI jelas iaitu sesuatu yang di luar itu adalah sejuk dan di dalam itu adalah panas. Jika di luar panas dan di dalam juga panas maka itu adalah penyakit.  Jika di luar itu sejuk dan di dalam juga sejuk maka itu adalah kematian. Terbukti hari ini sel tidak mati walaupun di sejukkan di luar kerana di dalam sel tetap ada haba yang panas dan hidup. Telah banyak bukti dijumpai seperti seekar ikan yang telah di bekukan dengan ais dalam tempoh yang lama dan didapati masih hidup apabila di cairkan semula dengan air dan garam. Ikan kembali hidup seperti biasa. Itulah konsep di luar sejuk dan di dalam panas. Oleh itu terapi sejuk dan air garam adalah  adalah konsep HDI dalam mencari persamaan energi. Jawapan terjawab dengan imagination fikiran apabila di praktiskan. Untuk mendapatkan jawapan dengan persamaan mathematic tidak mungkin dalam menterjemahkan ilmu dan pasti menemukan jawapan yang salah seperti mana yang di lakukan oleh Newton dan Eainstein. Namun Tesla hanya bermain dengan imaginasi dengan fikiran jernih dan banyak menghasilkan jawapan yang luar biasa apabila di praktiskan.

Hanya saya perlu menambah dan mengesahkan di dalam prinsip CVT rahsia besar energi itu adalah cahaya. Segala-galanya bermula dengan cahaya. Bersyukur semua pengamal dan pesakit yang merawat dengan rahsia cahaya. Semoga kita akan dibangkitkan nanti dengan wajah yang penuh cahaya. Al Hadid 27 ayat 12. Cahaya di wajah. Cahaya bersinar di hadapan. Orang-orang  yang beriman ketika dibangkitkan di akhirat nanti akan mengeluarkan cahaya. Faktanya kita harus membangunkan BIO ELEKTRON yang memenuhi tubuh. Cahaya ini tersusun dalam sebuah sistem energi. Otak matrik 9 pada cahaya. Jantung matrik 8. Hati dan sistem pencernaan matrik 7 dan ruas tulang belakang matrik 6. Otak dan jantung ada isyarat elektrik yang dekat.  ECG.  Elektrik cardiovascular graph. Tenang hati mengingati Allah Swt. Memikirkan keberadaan Allah Swt melalui diri kita. Kulit dan hati TENANG mengingati Allah Swt. Hati manusia yang ikhlas itu mengimbas ke kulitnya. Bukti kebenaran dari tuhan mu. Cahaya yang terang benderang  An Nissa 174. Ayat-ayat yang terang. Mengelakkan kamu dari kegelapan dan menuju cahaya Al-Hadid 9. Ayat Allah Swt adalah cahaya. Cahaya memiliki frekuensi.  Frekuensi yang di baca secara berulang-ulang akan menghasilkan getaran. Frekuensi tinggi kekuatan keimanan dalam percaya tuhan yang tidak ada rasa RAGU lagi. Jangan terlalu kreatif memikirkan tuhan. Berfikir akan keberadaan Allah Swt. Berzikir menyebut nama Allah Swt. Allah Swt membimbing kepada cahayanya siapa yang ia kehendaki. AN Nur 35. Menghidupkan agamanya dengan baik. Dibukakan hatinya untuk Islam lalu dia mendapat cahaya dari tuhannya  An Zumar 22.

Pengamal yang di kasihi semoga akan terus mendapat pahala dengan kerja amal yang sudah sebati dan menyusun zat diri. Namun jika Allah Swt tidak mengizinkan hanya dengan sekalip mata cahaya petunjuk digantikan dengan kegelapan. Semoga kita ikhlas berilmu dengan hati yang jernih .


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia