ILMIAH CVT MALAYSIA

September 10, 2018

- Penjelasan berkaitan fenomena gerakan dan pada arah tertentu-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hijrah itu adalah satu perubahan atau transformasi ruang dan masa. Hijrah terbesar dan berani dalam Islam adalah mengubah kalender. Hijrah ruang pada pedoman keimanan yang di arahkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad Saw adalah mengubah kedudukan kiblat dari Baitul Maqdis ke Makkah. Hijrah dari satu tempat ke satu tempat ke tempat yang lebih baik. Seperti mana Rasullullah Saw hijrah ke arah Madinah. Fenomena itu membuktikan ada getaran yang bertekanan mengikut arah mata angin pada kedudukan sesuatu tempat mengikut diri seseorang. Panduan arah utara pada semua lokasi tetap di utara. Kompas akan sentiasa mengarah ke utara. Di mana ruang lokasi kita tetap kompas akan mengarah ke utara. Yang menarik arah utara itu ada kekuatan magnatik pada lokasi sejuk di Artik. Yang pasti sejuk akan menambah kekuatan magnatik. Arah matahari terbit dan terbenam semua itu ada kaitan. Mencari kitaran ruang lawan arah jam adalah kesejahteraan hidup. Kaabah dan Madinah memiliki kitaran itu. Sesiapa yang ikhlas akan sihat dan damai berada di sana. Namun ada juga ruang hampa yang kosong dan itulah yang merudum tidak kesampaian. Kompas bersifat magnatik. Tulang belakang dan otak adalah batang magnet yang peka berpandukan pada wajah kita sebagai antena. Wajah kita mencari antena iaitu kiblat dalam menentukan arah solat. Arah yang tepat akan mendapat signal atau isyarat ulang alik yang jelas dan tidak sia-sia. Itulah arah yang satu dalam Ibadah kita menuju akhirat dalam simbolik visi spiritual No 9. Namun untuk dunia kita ada arah tersendiri.  Ada 8 arah mata angin sebagai perantara. Bumi adalah sebuah magnet yang terbesar. Kita harus menentukan arah objek kita yang tersendiri. Arah atau direction kedudukan sesuatu tempat. Kita harus berani berhijrah dari tempat lahir kita sendiri. Kita harus keluar dari kepompong yang menyelimut dan membendung diri. Kita ada deria untuk mendapat petunjuk rasa lokasi mana yang mendamaikan. Namun kita tidak pernah peduli akan rasa. Untuk mengujinya kita berdiri di kawasan lapang dan rata dengan tangan di angkat sama rata pada semua lapan mata angin. Syukur kutub utara masih berfungsi menandakan bumi masih ada daya kekuatan magnetnya. Binatang seperti lembu apabila makan sentiasa akan mengarah ke utara atau ke selatan dan ini juga sudah dijadikan panduan oleh orang-orang yang memperhatikan di zaman dahulu. Perbezaan pada setiap sudut perantara 8 mata angin ada perbezaan 45 darjah. Kita tidak mahu dan harus menjauhi nilai sudut kosong yang tiada bertekanan kerana ruang atau garisan memandang kawasan itu tiada gelombang yang melaluinya dan ini boleh di kesan dengan signal handphone tidak berfungsi.

Wajah kita ada aura kekuatan magnatik dengan menjaga kekuatan tulang belakang dan secara automatik otak kita cerdas. Laluan negatif itu sebenarnya berkaitan tapak atau lokasi tanah di situ. Jika di ukur dengan batang magnet tidak akan ada pergerakkan atau tiada energi sedangkan yang sepatutnya batang magnet harus bergerak bebas. Dalam keadaan pepejal atau cecair semua benda seperti mineral apatah lagi struktur sel-sel hablur tidak memiliki ruang kosong. Rumah yang di tinggalkan dan penghuninya tidak berdaya maju bermakna itu adalah ruang kosong yang lemah daya tekanannya. Keadaan ini dapat diperbaiki dengan garam yang memiliki daya getaran atau bunyi bertekanan. Tubuh adalah jasad bermagnet dan sebab itu tubuh orang yang mati dan masih utuh segar kerana sel-sel bergetar salah satu sebab yang sangat boleh dipercayai adalah mereka ahli yang menghafal Al-Quran yang penuh getaran bunyi-bunyi bertekanan. Sebenarnya ada zon atau ruang yang tiada momentum kerana ruang itu di kuasai makhluk halus dalam dimensi lain. Kemagnetan ialah satu fenomena jelas yang melibatkan daya-daya yang dikenakan oleh magnet ke atas magnet yang lain ia berkaitan dengan arus-arus elektrik. Navigasinya akan memberi kesan tertarik atau tertolak. Seperti mana sekitar Kaabah yang cukup kuat dan rapi medan-medan magnetnya dan ini menjadi perisai yang cukup kukuh sehingga dajjal pun tidak dapat memasukinya. Gerakan tawaf secara tertarik dalam lingkaran lawan jam itu adalah pengukuh tiang-tiang langit dan penyusun gerakan planet-planet yang mengitari bumi. Ada yang sukar mencari rezeki dan mengalami halangan yang rumit dan ia berkaitan dengan salah satu faktor ruang dan dimensi masa ini. Maka kita harus berani berhijrah.

Sekali lagi saya ingatkan, letakkan garam dalam sudut-sudut di dalam juga di luar rumah dan di ganti setiap tiga hari sekali. Garam akan mengharmonikan medan magnet dan elektrik persekitaran. Ruang kosong itu dinamakan keantiferromagnetan. Ruang kosong terasa panas dan lembah hilang kedinginan. Tiada relatif dengan apa-apa di sekitarnya. Kawasan yang sudah di rawat dengan garam secara serius akan bertukar menjadi elektrodinamik kuantum. Sifat-sifat magnet adalah sejuk dengan oksigen yang tulen. Pusat semesta alam itu ternyata di kutub utara dan kutub selatan berada di lingkaran bulat yang sentiasa ke selatan sesuai dengan keadaan dunia yang bulat dan rata. Untuk mengesan ruang lokasi yang ada daya ketertarikan kemagnetan kuantum pada setiap individu perlu melalui diagnosis arah mata angin yang tersendiri. Kita bimbang sudah berada dalam ruang kosong pada arah mata angin yang bukan milik kita. Sila buat diagnosis mengesan arah mata angin keselesaan kehidupan. Saya sendiri memiliki ruang jajaran timur laut dan amat lemah di bahagian barat.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia