ILMIAH CVT MALAYSIA

September 11, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rahsia di sebalik garam pada permulaan makan mengikut sunnah. Garam adalah raja kimia.  Garam akan beriaksi dengan segala jenis zat dan garam tetap garam. Garam yang akan mengubah zat kimia lain dalam bentuk biomolekul untuk sistem pencernaan. Garam akan menambah aktif kelenjar air liur yang sebenarnya akan menambah ENZIM. Riaksi kimia terjadi dengan adanya ENZIM. Bermakna semua bermula dari mulut dan itulah titik tengah. Dari mulut dan terus beriaksi hebat pada usus kecil dan usus besar. Bermakna matrik 1 (merah) pada usus dan darah yang akan terjejas dahulu jika ENZIM tidak menjalankan fungsinya. Mulut ada ENZIM AMILASE. Oleh itu mulut adalah organ yang pertama mencerna makanan seperti mana semua bermula dari titik tengah. Air liur atau air ludah mengandungi maklumat dalam mencari persamaan zat tentang apa yang kita makan. 

ENZIM akan menjadi pengubah. Zat yang banyak di ubah akan menjadi gula. Seperti amilum menjadi maltosa. Atas sebab itu selepas kita makan nasi lama kelamaan akan terasa manis. Hal tersebut kerana adanya AMILASE ini. Bermaksud pertukaran banyak zat sebenarnya menjadi gula berbanding protein dan lemak. Atas sebab itu apabila kita hendak berbuka puasa maka mesti di mulakan dengan manisan atau gula yang juga sunnah dan ada hikmah di situ. Buktinya di pankreas akan mencerna amilase menjadi maltosa. Di usus kecil enzim-enzim maltase mengubah maltosa menjadi glukosa. Juga enzim lactase mengubah laktosa menjadi glukosa. Enzim sukrase mengubah sukrosa menjadi fruktosa dan glukosa. Nampaknya fakta sistem pencernaan di mulut sehingga ke usus besar adalah menjadi gula atau tenaga yang akan di bakar. Bermakna keperluan harian tubuh dan sistem organ adalah tenaga yang datang dari gula.  Nampaknya apa sahaja yang berkaitan sunnah ada penjelasan Ilmiahnya jika kita ikhlas dalam mengupas ilmu kimia atau apa sahaja disiplin ilmu yang lain. Namun ilimuniti yang mengumpan kita dengan gula sampah yang mengganggu ENZIM. Maka menjadi alasan paling besar CVT menggunakan medium gula organik yang terbaik sebagai pembawa gelombang untuk di tukar dengan kerja enzim di mulut. Kemamlah sukrosa NW kerana di situ ada rahsia pada enzim dan sistem pencernaan. Selamat maju jaya pada pengamal CVT yang cemerlang dan terus berjaya. InshaAllah.

BERSAMBUNG..

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia