ILMIAH CVT MALAYSIA

November 29, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengapa baik minum air sejuk? Kerana amalan minum air sejuk menyihatkan jantung dan kitaran darah juga menjadi semakin baik. Sebenarnya penawar bagi lemah jantung adalah garam dan ais. Ambil garam pada setiap pagi boleh meningkatkan sifat sabar dan tenang kerana tubuh telah cukup bekalan oksigen. Ais mempunyai suhu 0°C sebenarnya tidak cukup sejuk, tetapi angin yang terdapat di atas atmosfera itu mempunyai suhu –273°C lebih sejuk daripada ais. Maka ais tidak sejuk tetapi angin lebih sejuk berbanding ais. Manakala benda panas itu bukanlah bersifat mati tetapi ia menggunakan tenaga. Maksudnya, sejuk MEMBANGUNKAN tenaga itu dan panas yang MENGGUNAKAN. Begitu juga dengan api. Api tidak panas tetapi yang panas ialah cahaya atau haba. Panas bersifat mengubah, memecah, mengurai dan memindahkan tanaga secara teknikal dan ini tidak sesuai pada bioenergi yang berkaitan benda benda hidup. Konsep panas yang memecah ini lebih sesuai  berkaitan mekanikal pada jentera dan peralatan. Mengambil benda benda panas bermakna menggalakkan tenaga dalaman tubuh diubah, dipecah, diurai dan dipindahkan keluar. Apa saja yang dimakan, terlampau cepat dibakar dan hal ini mengganggu sistem metabolisma. Semua benda-benda panas dimasukkan ke dalam hukum gas iaitu matahari. Di matahari yang panas itu terdapat banyak gas dengan helium sebagai elemen terkaya, iaitu gas yang sememangnya bersifat panas. 

Matahari bersifat mengubah. Matahari berwarna kuning dan panas menguasai bahagian solar plexus. Ketika makan pada waktu tengahari, bahagian solar plexus yang berwarna kuning dan panas akan banyak melakukan berbagai bentuk perubahan tenaga dalam sistem metabolisma. Makanan di bakar dan diubah menjadi tenaga. Itulah rahsia panas. Maknanya, jika minum air suam ketika makan benda-benda panas, pembakaran berlaku terlalu cepat sangat iaitu semasa makanan itu ditukar kepada tenaga kinetik dengan pantas berubah pula menjadi gas. Sebenarnya, ia merupakan satu kerugian. Bulan bersifat sejuk. Sejuk menguasai bahagian paling atas tubuh iaitu bahagian dalam kepala yang dipenuhi dengan gas nitrogen dan oksigen. Nitrogen dan oksigen pula merupakan unsur paling limpah dalam atmosfera. Walaupun bulan bersifat sejuk dan harmoni, tetapi terdapat banyak karbon dioksida. Inilah bukti bahawa ais memerangkap karbon dioksida. Melalui teknologi elektron, angkasawan dapat mengesan kewujudan kristal ais di bulan dan mereka juga mendapati bahawa elemen yang paling limpah di sana ialah sodium atau garam.Pada garam di bulan itu mereka dapati elemen yang paling banyak ialah kalsium. Maksudnya di bulan, kristal ais mencari garam sebagai ikatan pasangan yang tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya tulang, kapur dan garam adalah unsur yang hampir sama kerana elemen yang paling kaya dalam ketiga-tiga unsur itu ialah kalsium. Ini juga bermakna terdapat banyak kalsium di bulan kerana di situ ada banyak garam. Seterusnya didapati elemen kedua dan ketiga paling limpah di bulan ialah perak dan raksa.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia