ILMIAH CVT MALAYSIA

November 7, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gula juga adalah zat. Namun gula juga sebagai riaksi kimia yang akan mengubah zat menjadi tenaga. Tanpa gula zat sukar untuk aktif kerana tidak dipertenagakan. Ubat batuk yang ada kandungan zat perlu di aktifkan dengan gula. Kerana gula mampu membunuh virus. Hanya ubat tidur tidak dalam sifat manis, ubat tidur perlu dalam rasa pahit untuk memberi otak lebih tenang untuk tidur lebih mudah dan lena. Berbeza dengan NW 4 juga dalam bentuk yang manis kerana ada frekuensi bersifat pengimbang yang juga bergetar mengikut niat. Gula sangat berkaitan dengan darah. Sifat manis itu ada pada darah manusia. Jika terlebih makan benda bersifat manis maka darahlah yang akan mendapat kesannya. Insulin yang di keluarkan oleh pankreas akan menukar gula menjadi energi untuk keperluan seluruh sel. Sel menjadi lemah kerana faktor kekurangan air dan oksigen. Faktanya adalah, Jika insulin tidak bekerja dengan baik gula dalam darah menjadi tinggi. Kerisauan dan tekanan fikiran melemahkan kerja pankreas dan insulin tidak bekerja dengan baik. Tidak cukup tidur juga melemahkan fungsi pankreas dan itu punca gula tinggi dalam darah tahap bahaya 200 mg/dL. Menyalahkan gula tinggi dalam darah pun tidak adil. Ada ramai yang mengambil gula berlebihan namun kadar gula tidak pula tinggi dalam darah. KENAPA BEGITU???. Kerana gaya hidup sihat dengan banyak membaca dan menggunakan akal fikiran untuk berfikir hal-hal yang menarik dan memberi kepuasan pada rasa ingin tahu dan terelak dari tekanan fikiran. Selain berolahraga akal fikiran yang aktif itu paling banyak menggunakan tenaga dan ini dapat mengawal kadar gula tidak berlebihan. Kita akan bertambah bimbang apabila pemeriksaan rutin harian kadar gula menjadi amat tinggi sedangkan keadaan kesihatan masih normal.  Kebimbangan yang keterlaluan takut pada serangan stroke dan jantung akan membuat insulin terganggu dan lemah dan tidak dapat mengawal gula dalam darah walaupun dengan hanya mengambil gula yang sedikit. Dalam masa yang sama kita akan mengambil ubat anti diabetes. Inilah punca kematian mengejut apabila paras gula di awal pagi terus turun mendadak akibat kita tidak cukup makanan yang berzat. Awal pagi jika tidak bersarapan dan gas akan muncul kerana tiada gula. Jika ada gula maka gula itulah yang akan melahap gas yang bahaya dan dapat menjauhkan dari serangan stroke kerana kononnya jantung gagal berfungsi. Jadi keadaan gula tinggi dan mendadak rendah inilah yang akhirnya keadaan gaya hidup lebih kelam kabut kerana bimbang yang tidak menentu akibat kurang faham dalam penjagaan kesihatan dalam melayani gaya hidup sihat. Pengetahuan mengenai gula tidak cukup walaupun berpendidikan tinggi. Keliru, was-was dan ragu-ragu adalah karakter pesakit gula tinggi dan gula rendah pada pesakit yang sama. Pada pesakit yang gula rendah maka kesan buruk pada gula tinggi secara mendadak dan ini akan memberi tekanan pada jantung dan saraf ke otak terjejas teruk. NW 15 untuk fungsi PANKREAS dan mengimbangi kes pesakit gula tinggi atau juga gula rendah .

Gula pasir membuat kita rasa lapar walaupun sebenarnya kita kenyang. Itu kekeliruan pada otak juga. Gula pasir dengan minuman kopi panas membuat otot jantung kejang dan membawa kematian mengejut. Gula pasir ada bahan yang menjadi makanan bagi sel-sel kanser dan penyebab berbagai jenis kanser.  Gula pasir melemahkan kemampuan otak, daya ingatan dan pemikiran tidak cerdas. Paras kolestrol yang baik turun kerana gula pasir. Gula pasir penyebab keletihan drastik sehingga seluruh tubuh menjadi lemah. Oleh itu KONSEP NW dengan gula bertenaga yang ada gelombang memberi kesan teraputik yang baik perlu di amalkan pada bila-bila masa diperlukan. JAUHI GULA PASIR. Gula pasir bukanlah bahan dari air tebu yang mengering. Gula pasir adalah hasil proses kimia air tebu berserta bahan-bahan kimia lain untuk menghasilkan butiran gula jenih dan keras yang beratus kali ganda manis. Salah besar jika kita anggap gula pasir sebagai bahan makanan semulajadi organik yang alami. Gula pasir membunuh korban-korbannya secara senyap dalam jangka panjang bersama ubatan anti diabetik dan insulin haiwan yang lebih melemahkan akal manusia. Tidak terdapat perbezaan antara glukosa dan fruktosa. Rumus kimia C6HI206.  Hakikatnya hasil gula tetap pada akhirnya menjadi air. Riaksi pembakaran yang bersifat panas. Riaksi di haidrasi membuat kita haus. Melainkan kita di akhirat nanti di takdirkan dapat meminum di telaga kautsar nabi yang manis dan tidak akan dahaga lagi. Itulah perbezaan gula manis yang baik dan gula pasir inovasi manusia yang bahaya ini.

Garam adalah raja segala kimia. Gula adalah raja pengubah zat yang sudah diberi pasangan oleh garam. Gula pasir yang jernih keras seperti kristal tidak memiliki zat seperti garam.  Namun gula satu kemestian malah keperluan harian untuk tubuh khasnya otak. Gula adalah pengubah zat lain di tukar menjadi tenaga. Perbezaan gula dan garam dengan cara kerja yang berbeza. Bersahur garam dan berbuka gula. Gula akan membebaskan banyak zat menjadi tenaga yang berlebihan dan tidak dapat digunakan agar tidak menjadi sampah. Sebahagian besar menjadi air dan karbon dioksida. Jika berpuasa dengan konsep yang benar pasti tiada dahaga apatah lagi lapar. Penyakit akan dibebaskan dalam bentuk karbon dioksida. Itu pun bagi yang ikhlas dan sabar. Sebaliknya gula pula menjadi bahan sisa sampah bersama toksik yang mengganggu kesihatan seluruh sistem tubuh. Jadi yang salahnya adalah pembuat kilang gula yang mengubah gula dengan formula kimia bagi tujuan komersial dan menghilangkan lebih separuh fungsi gula yang  sebenar.

BERSAMBUNG…..

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia