ILMIAH CVT MALAYSIA

November 7, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Elok kita fahami lebih jelas mengenai gula. Gula jika di makan secara tunggal tanpa di susuli dengan makanan berlemak, berprotein dan serat maka peranan gula untuk mengubah zat zat lain menjadi energi atau tenaga tidak digunakan. Oleh itu gula akan terlebih dalam kandungan darah. Namun untuk mengimbangi gula ini tidak lah perlu kita berasa panik kerana gula ini kita ubah menjadi tenaga dengan senaman yang ringan. Senaman fizikal dengan gerakan otot seperti mengeliat dengan menahan nafas. Menahan nafas akan membakar energi dengan kuat dan kita bertenaga. Kita akan merasa lega pada mana mana otot yang rasa lengoh.  Jika cukup garam kita tidak akan kejang. Otot menyimpan banyak energi dan harus di gunakan agar darah bersih. Lakukan senaman mengeliat ini dengan tekun. Jangan mudah putus ada dan mengalah. Bermakna gula di awal pemakanan adalah teknik untuk meningkatkan metabolisma dan kita selamat jika makan lemak berlebihan sekalipun. Tetapi yang sering kita lakukan adalah mengambil gula ketika bersantai selepas makan makanan yang berat. Kononnya itu cara yang betul. Kita minum Kopi panas atau minuman manis yang lain sehinggalah tengah malam. Kita makan berbagai makanan ringan yang ada gula tinggi seperti kek dan biskut. Malah ini menjadi kemestian selepas makan malam atau selepas berbuka puasa. Gula dan garam tidak lagi berfungsi dengan baik selepas itu. Umpamanya gula berada di luar zat atau di bahagian atas dan ini hanya akan membongkar lemak dan membawa ke dalam darah menuju jantung. Berbanding jika gula di awalkan dan berada di dalam zat dan mengubah menjadi tenaga dan tidak ada lemak dan gula dalam darah lagi kerana semua itu akan tersimpan di hati jika berlebihan. Gula tidak lagi aktif selepas isyak hingga tengah malam kerana tiada Frekuensi warna yang khusus di waktu itu.

Tindak balas gelap itu waktu tidur. Gula dalam frekuensi merah adalah waktu petang hingga masuk maghrib. Jadi apakah gula harus dipersalahkan?. Makan lah gula apa sekalipun termasuk gula meja di dapur itu asalkan dengan teknik yang betul dan tidak berlebihan. Kita perlu menasihatkan pesakit jangan minum nescafe kerana ada zat berat yang sukar gula di tukar menjadi tenaga. Jangan makan pisang selepas makan nasi kerana pisang akan mengubah zat menjadi asid dan sekaligus gas. Yang paling bahaya apabila kita minum minuman bergas. Gula bersama gas itulah pemusnah energi. Cuba kita semak keistimewaan gula dalam whatapps Ilmiah yang terdahulu. Jelas gula adalah sesuatu yang amat mahal dan berharga dalam menciptakan kecantikan.

BERSAMBUNG...

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia