ILMIAH CVT MALAYSIA

December 3, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Makan sebelum lapar  atau makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ada ilmu pengetahuan di situ  walaupun hadisnya dhaif dan ada yang kata palsu. Jika kita fikirkan tentang berpuasa itu adalah berlapar. Bila perut terasa lapar maka itu isyarat kita kena makan. Enzim pencernaan akan lebih aktif.  Tetapi tidak juga bagus jika sampai tahap kelaparan kerana asid dan gas akan meluap dan menutup enzim untuk bekerja. Gas terbentuk dengan banyak dan mengubah asid menjadi racun dan ini akan membuat ulser pada dinding perut dan usus . Kanser usus akan lebih mudah terjadi. Yang pasti paling  baik  untuk kesihatan pencernaan adalah BERHENTI  makan sebelum kenyang. Yang ini nafsu makan pada kebanyakkannya gagal. Perut tidak ada ruang udara untuk membakar makanan. Tiada ruang udara maka tenaga juga tidak boleh terbentuk. Ruang perut kita di isi pada sebahagian dengan zat dan air. Dan sekurang kurangnya ada suku ruang untuk udara. Perut akan hilang tenaga untuk membakar lemak jika penuh dengan makanan. Jika  gula juga tidak dapat  berubah menjadi tenaga dan lemak dan segala zat yang lain juga tidak bertukar menjadi tenaga. Gula akan tinggi dalam darah bersama lemak dan lain lain. Kita boleh sahaja makan banyak lemak dan zat zat lain asalkan disiplin makan berhenti sebelum kenyang dapat di jaga dengan ketat. Jangan tamak atau konon takut membazir.

Orang yang bijak akan makan sambil bersantai berbual dengan ambil masa dan tidak gelojoh untuk mempastikan enzim cukup bersedia mencerna satu persatu dan perut tidak tersumbat kekenyangan. Jadi hadis yang sangat popular ini ada pengetahuan yang besar di situ. Dengan cara disiplin makan yang begini akan buat perut lebih cepat rasa lapar dan kita akan makan lebih kerap dan ini membuat kita cukup zat bertenaga dan terelak dari berbagai penyakit. Ada juga yang tidak tolak untuk makan walaupun perut masih tidak lapar. Yang penting asalkan tetap berhenti sebelum kenyang atau makan dengan kadar yang sedikit sahaja. Lebih sedikit lebih bertenaga. Semoga  pengamal CVT yang di kasihi dapat menghayati pengetahuan ini. Faktanya tetap ada di situ.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia