ILMIAH CVT MALAYSIA

December 4, 2018

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gula harus di dahulukan apabila hendak makan makanan yang berlemak dan tinggi protein apatah lagi yang tinggi serat. Gula akan meluru masuk ke dalam perut dengan tugasan pertama MENYERAP GAS yang banyak ketika perut lama kosong kerana berpuasa. Selepas itu gula akan mengubah bakteria jahat dalam usus kecil dan usus besar menjadi mesra asid. Gula akan melintasi pankreas dan cecair yang bersifat alkali bersama insulin akan banyak di keluarkan bagi persediaan pencernaan yang kuat dan bertenaga. Gula yang masuk awal ke dalam perut ini juga akan menguatkan kerja peristalsis atau gerakan menolak zat makanan untuk menjadi halus supaya dapat di serap oleh usus. Tanpa gula dahulu zat pada kebanyakkannya ADALAH BERSIFAT RACUN.  Zat racun ini jika dapat menembus masuk ke dalam darah melalui usus sebenarnya adalah sangat bahaya. Hakikatnya kita tidak tahu yang mana satu makanan alahan yang tidak sesuai dengan elemen diri kita. Sekali sahaja kita tersilap memakan makanan yang kita alah akan mengubah serta merta kesihatan seluruh tubuh badan kita. Alasan itu kita perlu mendiagnos apakah makanan alahan mengikut elemen diri kita yang sangat personal dan tersendiri.

Ilmu Fakta zat dan elemen diri ini adalah satu rahsia besar yang Allah Swt sahaja yang tahu. Seperti tidak adil kerana ia begitu amat rahsia yang mendalam. Allah Swt sebenarnya sangat adil dan kita tidak perlu tahu asalkan kita mendahulukan garam di awal pagi atau secubit rasa di lidah sebelum memulakan apa sahaja makanan dan memasukkan gula lebih awal sebelum makan makanan yang berat. Kerana semua zat yang kita alah dan kita tidak tahu akan di tukar menjadi tenaga atau di tukar menjadi air. Maka tiada istilah zat zat bahaya itu dapat menjejaskan tubuh kerana sistem penghadaman dalam kerja metabolisma akan kuat dan bertenaga. Jelas gula adalah medium terbaik sebagai perencah pada zat zat lain untuk menjadi penawar. Amalkan gula NW yang bertenaga sebagai ganti jika tiada gula lain sebelum mula makan. Syukur pada pengamal yang terbuka pintu hatinya dan peka pada ilmu yang menjadi pengetahuan kerana tidak ada gunanya fakta jika ia tidak menjadi ilmu dan pengetahuan. Kerana fakta sering berubah. Tetapi ilmu yang menjadi pengetahuan lebih benar dan berharga. Semoga pengetahuan ini dapat di warisi oleh anak anak cerdas kita untuk mereka ada daya saing yang tinggi nanti. InshaAllah.

Jangan lupa kita bersama mendalami ilmu 100% pengetahuan mengenai ais dAn kebaikan sejuk. Persediaan menyambut 2019 (19) dalam KELAS LANJUTAN  15.12.2018  bersama Prof NW

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia