ILMIAH CVT MALAYSIA

January 4, 2019

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengaruh warna pada tubuh dan alam. Melihat hijau tidak sama dengan mamakai hijau. Mamakai hijau kita dapat menyerap warna merah. Melihat hijau kita akan melepaskan merah yang berlebihan dan melemaskan  perasaan.  Itulah psikologi warna yang tidak guna logik namun masuk akal bila kita mengetahuinya rahsia di sebalik misteri warna ini. Semua rahsia tersirat dan tidak boleh terpengaruh secara terus tanpa membuka rahsia ilmunya. Warna merah ada banyak daya ketertarikan pada zat benda khasnya zat besi. Siapa yang suka pada warna ini bermakna ada yang kekurangan zat yang sepatutnya ada dalam darah.

Begitulah terapi warna. Yang kita suka itu boleh merawat apabila di lihat . Tetapi apabila kita suka pada zat dalam sesuatu makanan hingga menjadi ketagih maka itu dianggap menambahkan lagi zat berlebihan dan akan terjadilah penyakit. Kita mencari persamaan gelombang dan pasangan zat . Ada yang mendakwa pakar dalam bidang terapi warna maka berusahalah menambah ilmu ini dengan tenang dan teliti. Gelojoh dan tidak sabar sangat sukar menghayati ilmu ini. Moga pengamal CVT yang berjaya sudah pun mula memahami ilmu ini dan di amalkan secara bertanggungjawab. InshaAllah

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Youtube: CVT Malaysia