ILMIAH CVT MALAYSIA

January 6, 2019

-ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pencerahan seterusnya. Kita sangka dengan makan buah-buahan di waktu malam akan menambah zat vitamin dan mineral khasnya vitamin c. Ternyata semua zat itu tidak akan dapat di tukar menjadi tenaga. Malah dalam buah-buahan yang banyak kandungan vitamin semua bertukar menjadi sisa toksik. Musim buah pasti kita akan bersantai makan buah-buahan di waktu malam. Segala jenis buah yang ada mineral dan vitamin patut di makan pada waktu petang. Organ pertama yang terjejas adalah usus besar. Apabila usus besar gagal menyerap zat yang halus maka zat yang berat akan masuk ke dalam darah. Zat zat ini akan menyerap oksigen dalam sel dan terjadilah penyakit. Gagal serap maka gagal juga sistem pembuatan sisa. Semua berpunca dari kesan makan yang tiada cahaya. Semua kena ikut waktu yang betul. Apa sahaja Ibadah seperti solat juga kena ikut waktu. Darah akan kotor dengan segala macam zat yang bertukar menjadi toksik. Bahan kumuh dari protein yang di namakan purine bertimbun dalam darah dan akan bertukar menjadi urik asid. Maka organ seterusnya yang akan lemah adalah buah pinggang. Tiada gunanya kita ambil HERBA yang berkualiti tinggi jika kita amalkan ketika waktu tidur iaitu waktu selepas isyak sehingga tengah malam.  Kecuali HERBA itu sudah ada tenaga yang di pertenagakan seperti klorophil CVT.  Pendek kata kita mesti ambil gula dahulu untuk KUATKAN PERUT. Faktanya gula akan mengubah lemak protein dan serat menjadi tenaga untuk keperluan sel-sel. Namun jika waktu yang salah walaupun teknik pengambilan gula sudah betul maka kerja metabolisma tetap akan gagal juga. 

Kita harus membaja dan menyuburkan sel sebagai asas merawat penyakit. Usus akan berada dalam keadaan rehat ketika tidur namun otak tengah akan bekerja aktif ketika tidur. Pasangan NW 19 dan NW 4. Kita akan mimpi yang buruk jika usus kita kotor dengan zat. 80 peratus penyakit di kaitkan dengan usus dan selepas itu darah.  Oleh itu jangan bebankan usus dengan makan di waktu malam. Bermakna jika kita amalkan gula organik terbaik sekalipun jika salah waktu juga tidak memberi kebaikan apatah lagi selama ini gula di dalam buah-buahan yang tinggi fructose juga baik namun menjadi buruk apabila di amalkan pada waktu total gelap malam. Jadi apakah kita harus membuka lampu untuk dapatkan cahaya yang terang ketika makan selepas isyak itu. Sendiri kena fikir  ya...!!!!.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia