ILMIAH CVT MALAYSIA

January 8, 2019

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-SAMBUNGAN-

Pengaruh warna pada bulan sangat mempengaruhi mood atau semangat. Warna putih Isnin memulih semangat. Memulih itu tidak sama dengan merawat. Memulih sesuatu yang terpendam, tersekat sehingga menimbulkan banyak halangan. Kita hilang punca dan hilang arah. Tiada lagi petunjuk. Kita hilang pegangan dan mengganggu keimanan dengan mudahnya masuk pengaruh gangguan jin, iblis dan syaitan. Kita menjadi lesu tidak bermaya yang lebih parah dari letih.  Sistem kekebalan kita runtuh dan kira mudah tertipu dan diperdaya.  Kita sudah sangat jauh dengan Kuasa yang maha Agung. Manakala warna kedua adalah merah jambu dan violet. Dan sebahagian pada warna bulan lebih dominan pada warna kebiruan. Selamatkan aura yang pudar ini. Aura pudar dari dalam diri lebih buruk kerana selalu ego dan berperasangka buruk dengan sesiapa.  Aura kita kelam, pudar dan hilang cahaya membuat kita muram, murung dan terjadi serangan tekanan fikiran yang berat. Semua ini berkaitan hormon dan energi sinar bulan. Frekuensi NW 1, NW 3 dan NW 8 Relatif sinar bulan.  Warna kuning Khamis, hijau Jumaat dan merah Sabtu adalah urutan dalam tertib pada pengaruh matahari. Dan akhirnya sempadan untuk keluar dari cahaya kegelapan itu adalah hari pertama Iaitu hari Ahad Iaitu hitam. Semoga Ilmiah CVT yang menjadi pencetus pertama dalam aliran cara terapi kita berfikir mengenal kebesaran yang MAHA MENCIPTAKAN.

Mohon di jauhi sebarang ritual yang boleh ke arah syirik dalam memulih sinar. Fahami ilmu dan pengetahuan terapi memulih energi sinar bulan agar dapat menolak perkara syirik. Selamat bermandikan sinar bulan.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia