ILMIAH CVT MALAYSIA

February 11, 2019







*-PENCERAHAN DARI PROF NW-*

Cerita ini secara moralnya adalah manusia di cipta dari tangan Allah Swt sendiri dari tanah untuk menjadi KHALIFAH. KHALIFAH itu adalah pemimpin. Pemimpin itu harus memimpin diri dahulu dan akhirnya kepada orang-orang lain yang menjadi pengikut. Jadi iblis tidak senang hati kerana di sangka akan menjadi pemimpin di bumi kerana asalnya jin dan iblis ini sudah lebih awal menduduki bumi tetapi banyak membuat kerosakan dan pertumpahan darah. Pendek kata tidak berilmu dan tidak ada bahasa dalam menyebut sesuatu seperti mana orang-orang zaman gua. Orang-orang zaman gua mengikut teori Darwin sebaiknya kita jangan percaya. Darwin yahudi penipu yang cuba menafikan Adam As manusia sempurna pertama yang turun ke bumi. Semua fakta yang di temui dalam gua adalah tulang tulang beruk yang di lukiskan semula yang kononnya itu adalah spesis manusia. Itu yang kita belajar di sekolah dalam silibus yahudi. Kumpulan jin yang menguasai bumi saling berbunuhan seperti mana malaikat menanyakan kepada Allah Swt. Jadi malaikat hairan kenapa nak cipta lagi makhluk yang bernama manusia di bumi. Moralnya memang manusia pertama Adam As itu AKAN diturunkan ke BUMI. Perbuatan Adam As memakan buah itu adalah satu nafsu yang sudah di tanamkan dalam diri Adam As dan itu juga satu ketentuan dan ketetapan dalam perancangan Allah Swt juga yang tahu tentang apa yang kita tidak tahu. Sebab Allah Swt sendiri juga yang kata akan menciptakan Khalifah untuk menjadi pemimpin di BUMI. Jadi peristiwa Adam As yang di peringatan agar jauhi pokok yang ada buah dan jangan di makan buah itu kerana itu akan membuat tertanggal pakaiannya adalah dalam perancangan Allah Swt. Dan sebagai hukuman Allah Swt menurunkan Adam As ke bumi sebagai misi menjadi Khalifah kerana taubat Adam As sudah di terima. Buktinya Adam As menjadi Khalifah adalah dapat menyebut NAMA NAMA semua benda yang diciptakan dan ini tidak mampu di kuasai oleh malaikat yang terhad pengetahuannya. Dan itulah kenapa malaikat sujud hormat pada Adam As dan keturunannya yang ada ilmu dan mampu berbahasa. Pendek kata Syurga untuk tempat kembali adalah untuk manusia yang bijak pandai dan beriman pada Allah Swt tanpa sombong, riak dan baik baik belaka agar relatif dengan unsur di syurga yang penuh kemuliaan. Maka sebab itu juga surah pertama di dalam Al-Quran adalah surah *'baca lah'*  membaca akan menambah ilmu.


Kita dalam ujian pembersihan atom lebih kurang begitulah. Sebab kita adalah kesatuan atom yang lengkap dan ada sifat. Jadilah kita berpuak puak dalam suku bangsa yang berbagai bahasa. Ada kulit hitam kerana terjadi dari tanah hitam. Ada kulit kuning kerana dari tanah liat kuning. Ada kulit coklat kerana ada tanah liat coklat. Yang tidak ada manusia hijau dan biru yang sesuai untuk warna kulit jin. Jadi moralnya semua itu dalam perancangan Allah Swt. Tiada kebetulan. Yang ada adalah ketetapan yang penuh dengan keserentakkan waktu. Jadi kita sentiasa akan diuji dan di hasut agar darjat kita tidak tinggi ke tahap menjadi KHALIFAH. Jadi rugi jika kita jadi manusia hanya bekerja pagi petang untuk diri sendiri dan jauh untuk menimba ilmu dalam melengkapkan ilmu dengan segala NAMA NAMA. Jadi turunnya Adam As adalah perancangan Allah Swt yang maha teliti kerana iblis tidak layak jadi Khalifah di muka bumi. Dan untuk menjadi manusia khalifah harus berjaya di uji iblis. Tanpa ujian iblis tidak lengkap untuk kita menjadi Khalifah. Energi tertinggi pada yang gagal ujian adalah TAUBAT NASUHA. Hanya dengan ilmu mengenal diri akan mengenal tuhannya akan membuat manusia itu dapat menjauhkan sikap sombong dan riak. SYURGA menanti atom yang relatif dengan ruangnya. Itu mengikut fikiran saya akan kronologi penciptaan alam dan segala isinya menuju kemuncak akhirnya adalah syurga yang kekal. Soal ujian iblis memang Allah Swt benarkan dan iblis di beri tempoh masa. Soal nafsu dan iman itu terserah pada manusia itu sendiri dan Allah Swt tidak campur tangan dalam urusan ini. Terserah pada manusia untuk memilihnya walaupun hal-hal yang lain semua dalam ketetapan Allah Swt. Salah satu tip untuk menjadi manusia mesti kena wangi atau harum. Kerana semua makhluk ghaib boleh mencium bau manusia dan akan menjauhkan diri mereka pada ruang relatif manusia dengan adanya bau yang harum. Dan makanlah makanan yang sesuai dengan unsur diri dan jauhi yang haram kerana itu akan mempengaruhi sifat dan kesihatan kita. Kemuncak yang tertinggi pada sebuah energi adalah tenang setenangnya. Jangan kelam kabut.


*Sila hadir kelas lanjutan KENAL DIRI agar kita dapat jadikan ilmu itu nanti sedikit sebanyak dapat juga di  jadikan sebagai panduan untuk menjadi  KHALIFAH.*


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia