ILMIAH CVT MALAYSIA

February 10, 2019

-ILMIAH CVTSB-


‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diagnos AK dahulu. Jika tersangat bagus itu pasti banyak zat aktif yang memberi kesan spesifik pada sel sel tubuh. Sama juga seperti pisang. Banyak zat dan baik untuk energi segera dalam jangka pendek. Jangka panjang kesan getah pisang atau kandungan asid di dalamnya sangat negatif. Dan belum ada sesiapa yang sudah di diagnos quantum diri boleh menerima pisang. Berbeza dengan timun yang sesuai untuk semua orang. Dan timun tidaklah pula banyak zat seperti pisang. Kita sudah makin moden namun hal hal quantum masih jauh kita tinggalkan. Teori tidak sama praktikal. Apatah lagi kesan riaksi setiap atom pada tubuh seseorang beriaksi sangat berlainan. Sebab tubuh manusia di cipta dalam kesatuan atom yang paling komplikated. Cara berfikir sahaja berbeza boleh mengubah kesan kimia pada tubuh. Apatah lagi manusia ini memiliki karakter yang luar biasa.

Tambahan pula kita ada dua dominasi unsur luar dan dalam. Yang luar zat akan mempengaruhi karakter spiritual, emosi dan mental dan yg dalam zat akan mempengaruhi sel dan menentukan tahap kesihatan fizikal. Konsep KENAL DIRI luar dan dalam mengikut sistem ke kunci sistem tubuh dengan matrik tarikh lahir dan sebagainya akan memberi panduan paling jelas pada diri kita untuk kita kenal siapa DIRI dan cara merawat diri sendiri.  Sebagai contoh : 21 04 1960. Tarikh lahir. Pengertian 21 itu sendiri umpamanya. Bulan 4 April juga di ambil kira. Warna diri luaran merah jambu. Warna diri dalaman biru. Rujukan warna diri dengan pemetaan tarikh lahir. Sistem log untuk lebih spesifik mengetahui sistem tubuh. Pendek kata terlalu banyak keserentakkan untuk memahami sistem tubuh dan karakter. Jenis pemakanan alahan yang dan jenis pemakanan yang perlu untuk dijadikan keperluan zat. Dan berbagai pantang larang dalam mengendalikannya unsur diri luar dan dalam. Siapa yang belum menghayati konsep kenal diri melalui unsur diri luar dan dalam secara menyeluruh di jemput hadir dalam kelas lanjutan pada 02.03.2019 sabtu.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia