ILMIAH CVT MALAYSIA

September 25, 2019

- ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengapa baik minum air sejuk?. Kerana amalan minum air sejuk menyihatkan jantung dan kitaran darah juga menjadi semakin baik. Sebenarnya penawar bagi lemah jantung adalah garam dan ais. Ambil garam pada setiap pagi boleh meningkatkan sifat sabar dan tenang kerana tubuh telah cukup bekalan oksigen. Panas bersifat mengubah, memecah, mengurai dan memindahkan tenaga. Apa akan jadi pada jantung ketika bersukan dan dahaga kita minum Air panas suam. Tentu tidak sesuaikn dan tidak akan ada sesiapa yang berani melakukan itu. Kenapa makruh mengambil air sembahyang yang dalam keadaan air panas? Kerana air yang terkena panas cahaya matahari keadaan molekulnya akan berserakan secara rawak dan tidak dapat menyusun getaran niat. Air panas suam itu adalah air mati yang tidak memiliki resonansi dan bersifat memecah berbanding air sejuk bersifat membina.

Kesimpulannya meminum air sejuk adalah untuk membina dan membangunkan zat untuk keperluan sel-sel tubuh dan yang selebihnya adalah untuk tenaga. Sebaliknya jika minum air panas suam kerja metabolisma terlalu aktif dan cepat dan kebanyakkan zat di tukar menjadi tenaga dan sebahagian yang lain menjadi gas yang mengurangkan oksigen. Ini sangat merugikan. Hakikatnya sel memerlukan banyak zat dan sedikit tenaga.  Seperti buah pisang yang lebih banyak memberi tenaga tetapi buah kurma yang lebih kepada zat dan tidak kurang juga memberi tenaga tambahan jangka panjang. Zat Pisang terlalu cepat untuk di proses dalam kerja metabolisma manakala zat buah kurma yang tidak mudah teroksid akan tersimpan lebih lama. Terlalu banyak minum air juga tidak sihat apatah lagi air panas suam. Minum hanya mengikut keperluan apabila ada rasa dahaga sahaja. Apabila sel cukup zat dan kita dapat mengelakkan berbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan kanser. Kanser itu bukanlah penyakit melainkan sel-sel kekurangan zat.

Saya simpati dengan orang yang amalkan air panas suam yang terpengaruh dengan mitos dan logik dari amalan lama  tanpa fakta. Konon untuk jaga suara tetapi perut banyak gas. Perut mereka menjadi sangat lemah dan sangat sensitif dengan air sejuk apatah lagi yang dingin. Tetapi orang yang sudah biasa air sejuk perut tidak alah jika di beri  minum  air panas suam. Pada semua pengamal di harap dapat bekerja membantu orang di luar sana yang terlalu banyak di tipu. Tingkatkan usaha berkali ganda. Saya sedih melihat prestasi pengamal yang semakin lemah. Yang semakin berjaya dengan kerja yang bijak menjadi kebangaan saya. InshaAllah…

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my