ILMIAH CVT MALAYSIA

October 30, 2019

- ILMIAH CVTSB -

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hampir kebanyakkan penyakit serius sebenarnya berpunca daripada kekurangan garam dalam tubuh. Tetapi kenapa tidak ramai di kalangan doktor perubatan moden menasihatkan pesakitnya mengambil garam untuk kesihatan. Malah melarang keras pesakit agar mengurangkan makanan bergaram tanpa memberi alternatif mengambil garam yang sihat. Sebenarnya kita tidak dapat lari dari memakan garam yang tidak sihat dalam mana-mana menu makanan harian asalkan kita dapat menggantikan semula dengan garam organik yang sihat sebagai lawannya. Tambahan pula garam adalah penambah rasa yang menambah rasa sedapnya makanan yang kita sedang kunyah. Bila makanan yang kita kunyah dah di telan dan masuk ke dalam pintu kerongkongan untuk ke perut maka tidak ada lagi nikmat sedapnya rasa itu. Jadi jelas garam adalah pembuka selera. Sebenarnya kita perlu garam yang lebih untuk jaga kesihatan. Ada yang sudah cukup garam tetapi garam hilang kerana kita telah minum air secara berlebihan. Bermakna saranan minum air kosong dan apa sahaja air sebanyak mungkin dalam sehari adalah salah. Minum air jika rasa dahaga sahaja. Tetapi siapa yang sudah cukup garam tidak mudah untuk rasa dahaga dan itu adalah penanda aras kita sihat. Apatah lagi banyak minum air yang berkarbonat yang akan menyerap garam dan keluar bersama air kencing. Garam seperti menjadi unsur asing dan tidak dapat di simpan lagi dan akan di paksa keluar sama banyak dengan air kencing. Yang tinggal hanyalah garam sampah yang tidak ada kuasa elektrolit. Itu belum lagi garam yang hilang di dalam peluh semasa bersukan. 

Tanda orang yang kurang garam dalam darah adalah tidak dapat mengawal emosi, Cepat marah, Cepat meradang, Panas baran, Tidak waras ketika berfikir. Secara tidak langsung fikiran tertekan dan tubuh keletihan. Semua ini menganggu jiwa dan perasaan. Sifat ini yang menambah iblis dan syaitan mengganggu keimanan. Hidup tidak damai walaupun duit banyak berjuta. Makanan berkhasiat lazat dan sedap seperti daging kambing dan daging lembu tidak lagi enak untuk di makan. Wal hal dalam makanan yang sedap itu ada garam asli. Jadi jelas garam yang menambah sedapnya rasa sebagai pembuka selera adalah dari rahmat Allah Swt. Salah faham mengenai garam seperti paradoks yang amat sukar di jelaskan. Penyakit kekurangan atau rendah garam dalam darah di sebut HIPONITROMIA. Penyakit yang boleh membawa kematian mengejut. Salah satu sebab kita hilang keyakinan dan keberanian dalam hidup adalah kerana kekurangan garam organik dalam darah. Ingat ya garam adalah nutrisi penting untuk kesihatan darah. Darah yang sihat dalam matrik satu maka menjadi asas pada kesihatan tubuh yang lain.

Beruntung kita dalam CVT ada GARAM BOOSTER VIBRATION * yang bergetar dalam matrik 5 frekuensi biru pada deria lidah untuk aktifkan kelenjar tiroid. Matrik 5 bahagian tengah akan membina mana-mana bahagian sistem lain yang runtuh dan lemah. Semoga pesakit yang sudah sembuh dapat terus mengamalkan *GARAM BOOSTER CVT sampai bila-bila untuk kegunaan seisi keluarga. CVT akan mengeluarkan produk garam dalam kaedah pengambilan yang lebih praktikal dan berkesan untuk mempastikan  garam terus bekerja di bahagian pencernaan memecah lemak untuk kurangkan berat badan.

BERSAMBUNG….

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my