ILMIAH CVT MALAYSIA

October 31, 2019


- ILMIAH CVTSB -

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ilmu mengenai GARAM masih banyak yang kontroversi. GARAM makan atau GARAM meja pula begitu banyak jenis di pasaran. Apapun saya tetap tidak setuju pada GARAM yang di saring atau di cuci sehingga menghilangkan komposisi tepat kandungan mineral dan vitamin di dalamnya. Komposisi kandungan itu sebenarnya di susun oleh Allah Swt yang sesuai dengan penciptaan manusia itu sendiri. Ada GARAM yang di tambah iodin. Sedangkan GARAM semulajadi memang tiada iodin. Iodin sebenarnya ada dalam bahan makanan yang lain seperti ubi keledek umpamanya. Ada GARAM yang tinggi sulfur kerana di ambil dari kawasan yang banyak lahar gunung berapi. Ada *GARAM* batu dari bukit atau dari pergunungan Himalaya yang di dakwa lebih baik yang juga masih belum ada kajian mengesahkannya. Kajian saintifik dengan apa teknologi sekalipun tidak akan dapat menambah baik GARAM selain GARAM mesti berada dalam keadaan semulajadi. GARAM laut dalam air yang banyak oksigen yang berwarna hijau dengan laut yang cetek dengan kadar cahaya atau sinar yang tinggi mampu menghasilkan GARAM yang amat berkualiti. Nampaknya GARAM ada kesan elektrolit atau sebagai pembawa cas elektrik dalam darah dan melancarkan sistem neurologi atau sistem saraf ke otak. Memang matahari ada cas-cas elektrik pada kadar suhu yang panas dan kering. Namun panasnya matahari tidak akan melebihi 40 darjah celcius seperti mana GARAM  buluh Korea yang di panaskan melebihi 1000 darjah celcius. Pasti mineral GARAM  akan berubah bercampur aduk dengan mineral di dalam batang buluh itu sendiri.

*GARAM* adalah anugerah tuhan dari langit. Rahsia awan dan cas elektrik semasa berlakunya kilat. Lebih banyak awan akan lebih banyak pembenihan GARAM dan hasil GARAM lebih banyak. Ketika musim kemarau pembenihan awan dengan di taburkan GARAM di udara akan dapat membantu untuk turunnya sedikit hujan. Satu hari nanti GARAM  akan semakin berkurangan dan hilang. Awan juga tidak lagi banyak di langit. Matahari terlebih panas dan ini akan menyejatkan GARAM di udara sehingga GARAM tidak lagi turun ke laut. Air laut semakin cair dan lebih banyak penyakit kerana kurangnya GARAM di dalam air laut. Apabila kurang GARAM penyakit mematikan berkaitan kekejangan jantung akan lebih banyak terjadi di akhir zaman.  Manusia tiada lagi jiwa, rasa dan perasaan. Sifat kita yang lebih kejam dari iblis dan syaitan yang tidak dapat mengawal perasaan. Iman kita juga lemah dengan kehadiran dajjal. Dajjal pula akan menguasai kawasan bukit yang bergaram. Sebab dajjal tahu rahsia kebaikkan GARAM. Kesan gelombang elektromagnatik juga lemah dan ini menghilangkan fungsi peralatan secanggih apapun. Semua ini berkaitan kekurangan GARAM dan cahaya matahari. Kita akan kehausan dan akan banyak minum Air. Namun kita akan mengalami risiko ketoksidan air itu sendiri. Hargailah GARAM kerana GARAM itu adalah sumber asas nilai kehidupan semua makhluk kecuali iblis dan syaitan. Penyakit halusinasi akibat  kurang GARAM dalam darah kini sudah pun banyak berlaku. Halusinasi itu berkaitan darah yang kurang GARAM  dan ini menambah kuat gangguan iblis dan syaitan. Darah kita di kuasai dengan unsur kejahatan ini. Sekali lagi di ingatkan bahawa GARAM itu adalah anugerah tuhan iaitu Allah Swt untuk makhluk khasnya Jin dan manusia yang di perintah untuk menyembah tuhan yang satu. GARAM itu ada rahsia cahaya yang di beri petunjuk. GARAM atau Natrium klorida dalam sifat yang berpasangan ada energi kuantum yang tidak mampu manusia memikirkan keajaibannya berbanding unsur-unsur lain. 

Untuk kesan yang lebih menakjubkan di sarankan pengambilan GARAM dengan AIS dan LEMON yang berwarna kuning. Rasa GARAM yang masin dapat di kurangkan. (Masin dan masam) dan juga (Masin dan pedas) adalah riaksi yang berlaku di dalam sistem pencernaan. Masin tidak memberi riaksi pada benda yang pahit. Masih boleh guna air RO. Guna air sejuk biasa sahaja sebab sudah ada AIS.  Kaedah ini dengan begitu cepat perut beriaksi melunturkan lemak dengan tanda nak buang air besar lebih mudah. Kadar penggunaan adalah satu sudu teh awal pagi dan satu sudu teh selepas sarapan. Jika benarlah ilmu GARAM  ini sudah masuk ke dalam jiwa kita yang di beri petunjuk cahaya maka amalkanlah tanpa ragu-ragu. Wajib bagi tahu pada sesispa yang kita kenali mengenai QUANTUM GARAM anugerah dari  langit ini.

*BERSAMBUNG….*

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my