ILMIAH CVT MALAYSIA

October 9, 2019


https://youtu.be/nyuRRWC5GY8


- PENCERAHAN PROF NW-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jika kita dapat buat terapi ais secara semulajadi di kawasan Greenland ini bagus juga. Itulah Air dingin dari pencairan ais. Air dingin bahagian bawah lebih selesa suhu dengan suhu darah dalam tubuh. Tidak terlalu dingin sebenarnya kecuali bahagian atas yang terdedah udara dingin. Juga tidak boleh berlebihan. Bahagian jari-jari di kaki menjadi merah tanda darah sampai ke bahagian hujung saraf hingga ke otak. Pendek kata bumi pun perlu ais di bahagian tengah dan di bahagian tepi yang melingkari bumi. Ais akan menjaga atmosfera dan mengekalkan ketebalan rumah hijau. Jika kawasan ini bocor maka radiasi seperti uv dan infrared akan tembus masuk dan sangat bahaya pada kesihatan sel tubuh. Aurora jelas kelihatan di kawasan dingin Greenland. Aurora itu seperti menyimpan rahsia energi kerohanian. Sesuailah siapa yang melakukan terapi ini dapat membangkitkan semangat yang hilang dan sekaligus mengusir semangat jahat yang menumpang. Ketika berada di kawasan sejuk walaupun tubuh cekap menjalankan kerja homeostasis atau keseimbangan suhu tubuh juga sebaiknya di bantu dengan minum Air panas. Tetapi tetap bukan air mineral yang di masak dan diminum panas suam. Air panas seperti kopi atau teh mengikut kesesuaian. Tetapi kita tidak berada dalam kawasan suhu dingin sebegitu.

Air dingin yang bukan dari pencairan ais seperti air sungai atau Air laut di awal pagi berbeza dengan air dingin buatan. Air dingin semulajadi tetap baik dengan kesan teraputik. Tumbuhan dan hidupan seperti ikan tidak akan mati di dasar air walaupun di bahagian permukaan atas air  membeku. Inilah keajaiban penciptaan Allah Swt yang maha pengasih. Bermakna mandi ais tidak akan membekukan darah kita sebaliknya menjadikan aliran darah lancar segar kerana cukup oksigen dengan bantuan co2. Tetapi di kawasan artik itu bukanlah tempat atau kediaman yang sesuai bagi manusia melainkan kawasan itu di cipta untuk keseimbangan bumi dan kekuatan daya magnatiknya agar stabil dengan bukti kompas sentiasa akan mengarah di bahagian tengah ini atau bahagian yang di tentukan sebagai utara. Jadi terapi AIS itu juga sama konsep untuk menguatkan tulang belakang sebagai batang magnet agar terus lancar aktif berkomunikasi ke bahagian otak. Pencerahan ilmiah tambahan yang lebih jelas dalam ilmiah kursus asas jb 05.10.2019 Sabtu ini. InshaAllah.


Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my