ILMIAH CVT MALAYSIA

November 21, 2019

- ILMIAH CVTSB -

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semua penyakit akut atau yang berlaku serangan secara mengejut atau tiba-tiba adalah berpunca dari zat makanan yang bertukar menjadi TOKSIN di dalam usus besar. Tidak perlu diagnos NW apa yang hendak di amalkan. Jangan panik!!! Contoh mudah apabila kita sakit gigi. Radang pada gusi bahagian geraham. Mulut melepuh pecah dan kering. Formula paling sesuai dan tepat adalah NW 19 dan ACACIA.  NW 19 akan mengimbangi asid berlebihan yang menyebabkan perut keras, kembung, kejang dan banyak angin. Itu tandanya bakteria baik dalam usus tidak bekerja untuk menghadam bahan sisa makanan dengan sempurna. Gejala ini boleh terjadi dalam dua keadaan sama ada cirit-birit atau sembelit . Tanda usus besar yang  sihat adalah puas dan rasa lega selepas buang air besar. Tanda usus besar yang sihat tidak berlaku radang seperti rasa tidak tahan nak buang air besar secara mendadak. Tanda usus yang sihat adalah tidak berlaku tanda rasa nak buang tetapi tidak berjaya mengeluarkan najis walaupun cuba duduk lama di dalam tandas. Tanda usus besar yang sihat najis bukan cair dan banyak Air. Tanda usus yang sihat bau najis tidak terlalu busuk. Tanda usus besar yang tidak sihat bila bahagian bawah perut di tekan kuat dan rasa sakit. Punca utama usus mengubah makanan menjadi toksik adalah makanan yang berasaskan protein. Ikan dan daging atau pisang yang terlalu banyak asid dan melemahkan dan sekaligus  membunuh bakteria semulajadi yang baik di dalam usus. Kerisauan juga punca asid banyak dalam usus besar. Tetapi yang berpuasa khamis akan dapat membersihkan toksik protein yang tidak hadam. Puasa khamis dalam rahsia kuning pada protein. Radang usus menyebabkan dinding usus menjadi tebal, bengkak dan gagal menyerap zat. Akibatnya zat seperti kalsium adalah paling kurang dan jika ini terjadi pada yang berumur akan menghadapi masalah kesakitan tulang seperti osteoporosis. Vitamin D magnesium zing dan zat besi perlu menjadi makanan tambahan. Tetapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Kita harus mencari formula untuk menambah keseimbangan asid dalam usus besar. Merawat sel-sel pada dinding usus yang mati dan boleh sahaja merebak menjadi  kanser. Bukan sekadar mencuci usus atau kolon malah NW merawat sel-sel pada dinding usus dan jika ini di biarkan boleh sahaja merebak ke tahap terjadinya kanser. Oleh itu NW 19 dan ACACIA yang menjadi prebiotik adalah pilihan bagi mencuci dan merawat usus. 

Kombinasi garam sebelah pagi dan ACACIA dan NW 19 sebelah petang adalah paling praktikal bagi mengelakkan usus menyimpan protein menjadi toksik. Sisa pepejal harus di buang atau di serap dengan baik. Lebih bahaya apabila penurunan berat badan secara mendadak kerana hilang selera makan. Semua ini adalah masalah kesihatan usus besar.  Secara psikologi usus punca kita menjadi phobia dan takut yang tidak masuk akal. Kita akan hilang keyakinan. Keadaan ini sangat mengganggu rezeki kita. Sekali lagi di ingatkan bagi kes sakit gigi, migrain dan demam maka cucilah usus dahulu. Pertenagakan sel-sel usus dahulu dengan NW 19. Tidak perlu ke doktor nak cabut gigi. Jerawat yang timbul secara tiba-tiba juga sebab usus tidak dapat mencerna protein dengan baik. Rasa gatal pada kulit selepas satu jam makan juga tanda usus tidak cukup kuat kekebalan melawan protein yang tidak sesuai dan menjadi alahan. Sehingga hari ini radang usus masih tidak jelas di kalangan doktor perubatan apakah punca sebenar. Mengikut pengalaman saya sejak lebih 25 tahun ini jelas bahawa stress dan pemakanan yang terlebih fiber dan protein adalah punca penyebab sehingga bakteria  baik  dalam usus tidak dapat bekerja dengan baik untuk menghadamkan banyak zat. Siapa yang sudah membuang usus buntu juga akan mnghadapi masalah ini. Ingat ya sekali lagi NW 19 untuk sakit gigi dan semua gejala akut.  Sakit gigi ini berpunca kerana mineral kalsium yang tidak dapat di serap oleh sel-sel pada dinding usus besar yang menjadi pintu masuk. Jika dalam matrik tarikh lahir yang banyak matrik 1 tanda darah dan usus. Kaitannya dengan matrik 7 kuning iaitu bahagian sistem penghadaman bermula dari perut sampai ke usus. Protein dalam jumlah yang banyak pada  matrik 7 kuning yang bertukar menjadi toksik yang kotor. Kuning yang baik juga bersifat membersih.

Kesimpulannya usus yang tercemar akan mengganggu kesihatan darah. Toksik yang tinggi asid dalam usus akan  masuk ke dalam darah. Asid ini akan singgah dan mendap pada saluran darah yang sempit khasnya di bahagian saraf akar gigi. Sama juga seperti migrain dan punca  sawan atau epilepsi.  Semoga pengamal bertambah faham dari perkongsian ilmu dan solusi yang penuh pengalaman.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my