ILMIAH CVT MALAYSIA

November 27, 2019

- ILMIAH CVTSB -

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Diagnosis protein yang menjadi alahan pada unsur diri. Ini adalah asas zat yang membentuk tisu dan seterusnya menjadi darah daging yang membina tubuh badan kita. Tetapi jika usus besar atau sistem pencernaan khasnya usus besar dan usus kecil kita sangat kuat sistem immunnya maka semua makanan alahan tetap jadi zat. Tetapi dalam berbagai keadaan dalam kehidupan membuat sistem immun kita tertekan dengan bebanan kehidupan. Oleh itu sesiapa sahaja boleh mendapat alahan protein. Protein yang tidak hadam akan menjadi urik asid sebelum bertukar menjadi toksik. Sebagai contoh saya sendiri sangat alah pada sotong. Dalam masa satu jam sahaja selepas termakan sotong atau kuah sotong maka kulit akan memberi riaksi gatal. Selain sotong juga alah pada protein ikan bawal tenggiri dan ikan parang. Semua itu sudah sangat di kenalpasti punca sakit pada sendi tulang dengan rasa bisa dan menyucuk. Untuk memberi kelegaan yang cepat maka NW 19 perlu saya ambil. Untuk mengelak agar tidak terjadi alahan dan mempastikan usus kuat maka NW 19 saya akan ambil sebelum makan protein yang menjadi alahan itu. 

Toksik yang banyak dalam usus akan menyerap masuk ke dalam darah. Proses detok secara semulajadi adalah demam. Ternyata demam itu cara bagaimana tubuh sedang membakar mengeluarkan toksik. Kesan detok pada setiap orang berbeza dan sangat unik. Selain demam ada yang menjadi jerawat. Jika tidak demam maka akan ada potensi besar untuk penyakit kanser yang lebih berat. Namun jika sistem immun dan usus besar kita sangat sihat maka tidak perlulah nak demam selalu. Garam awal pagi sudah menjadi bahan untuk riaksi kimia agar semua makanan menjadi zat dan tenaga. Andai sebelah petang kita ambil pula ACACIA atau NW 19 maka sisa bahan yang tidak di hadam akan di singkirkan agar tidak menjadi toksik. Lain-lain penyakit adalah bersifat aksesori yang jauh dari asas kesihatan yang sebenar. Secara teknikal dengan GARAM dan ACACIA sudah dapat mencegah dan memberi pertahanan yang cukup berkesan dari alahan protein dan sebagainya.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my