ILMIAH CVT MALAYSIA

November 29, 2019

- ILMIAH CVTSB -

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ada banyak misteri disebalik angka atau nombor. Bersifat kod dan menjadi ukuran semua benda. Ilmu tersusun dalam warna yang tidak diragukan lagi. Jika nombor SATU itu dimulai dengan warna merah dan nombor SEMBILAN diakhiri dengan warna putih dan jika digabungkan akan menjadi merah jambu dan begitulah seterusnya susunan warna terjadi mengikut susunan angka. Jelas manusia dicipta dalam susunan paling sistematik dalam matrik penciptaan. Jelas nombor itu ada energiNYA yang tersendiri. Susunan nombor mengikut urutan dapat ditelitikan pada masa kehamilan selama Sembilan bulan dan Sembilan hari. Susunan warna dalam sistem fisiologi tubuh teratur dalam warna mengikut sifat asid dan kealkalian. Jika digabungkan warna asid dan warna alkali akan tersusun semula angka.

Jelas bahawa energi dalam tubuh manusia tersusun dalam susunan 9 warna.  Warna alkali di bahagian atas yang mendominasi otak dan warna asid di bahagian bawah mendominasi sistem penghadaman dan seksual. Atas alasan itu keseimbangan asid dan alkali perlu. Keseimbangan NW juga perlu seperti NW 4 berpasangan dengan NW 19.  NW 8 berpasangan dengan NW 12, NW 14 dan NW 15. Membersihkan asid di perut akan merangsang otak.  Merangsang otak akan menguatkan kerja pencernaan. Namun garam dan air yang neutral dan sudah ada sifat keseimbangan akan mengimbangi mana-mana bahagian yang tidak seimbang dengan tumpuan pada bahagian hijau iaitu jantung dan paru-paru. Kembali pada warna dan nombor dalam menterjemahkan ilmu tersirat dapat memecah rahsia ilmu penyakit yang misteri dan menjadi semakin mudah. Dengan menyingkap ilmu yang tersirat dalam rahsia warna dan angka semua perkara menjadi semakin ringkas, cepat dan menjimatkan. Namun manusialah yang menjadikan sesuatu perkara menjadi semakin kompleks, rumit, dan lambat malah merugikan. Pengamal CVT yang diberi cahaya petunjuk dapat meneruskan kerjaya ini dengan langkah yang penuh berkeyakinan. Pada sesi akhir kursus semua peserta berpeluang untuk di diagnos satu formula NW dalam matrik no berapa yang menjadi kunci dan kekuatan. Seperti saya NW 2 matrik 9 warna putih menjadi formula paling kuat untuk semua masalah kesihatan.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com.my