ILMIAH CVT MALAYSIA

December 2, 2019


*- ILMIAH CVTSB -*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*Matrik 1 MERAH dan matrik 2 MERAH JAMBU.* *Matrik 1 DARAH dan USUS.* *Matrik 2 HORMON.* Hormon sangat mempengaruhi karakter. Karakter terbaik adalah ada sifat kasih. Kasih sesama insan dan makhluk. Perikemanusiaan. Namun semua ini sangat bergantung dengan kesihatan darah dan usus. Matrik 1 merah ada daya ketertarikan yang sangat berpengaruh. Simbolik air atau Hydrogen sebagai kimia atau atom pertama yang diciptakan dalam kejadian bumi dan langit. Selepas Hydrogen diciptakan Helium sebagai atom no 2. Semua atom ini ada sifat yang mempengaruhi karakter manusia. Jangan kita mengejar jisim atau material kebendaan. Jisim sebenarnya ada di depan mata kita. Jika di kejar pasti ia hilang semula. Kita perlu ada proses dalam perancangan untuk mendapatkannya melalui idea yang kreatif. Dengan perancangan dan strategi jisim sebenarnya akan datang sendiri dan kita hanya perlu menunggu setelah berusaha. Matrik 2 adalah sifat menunggu giliran. Murah rezeki dan matrik 2 merah jambu pada seorang wanita yang menjadikan rezeki mudah. Matrik 2 akan menerima pemberian dan kurniaan. Itu yang dikatakan murah rezeki. Tidak perlu bersusah payah. Rezeki datang dengan sendiri tanpa di sangka-sangka.

Bersifat kasih adalah kunci rahsianya. Hidup kita harus bebas merdeka dari diperhambakan. Hidup kita perlu ada istirehat sebagai satu kurniaan hari sabtu merah. Hari sabtu banyak daya ketertarikan hal-hal kebendaan. Namun hal-hal kebendaan itu lebih mudah di ambil pada hari ahad dalam rahsia hitam yang memerangkap dan rahsia ini telah di ambil kesempatan oleh orang-orang Kristian dalam meraikan hari kegembiraan dan kesyukuran mereka. Nampaknya sudah banyak yang tahu menggunakan warna hitam pada hari ahad untuk menyerap hal-hal ghaib menjadi nyata. Jika kita khianati perjanjian ini maka kimia atau riaksi atom Hydrogen sangat sensitif dan boleh musnah dan merugikan sepertimana sejarah kepada Kaum yahudi yang ingkar pada perjanjian hari sabtu.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my
IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
Blog : cvtmalaysia.blogspot.com