ILMIAH CVT MALAYSIA

February 10, 2020

-ILMIAH CVTSB-

‎بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepekaan deria lidah sebagai sistem deria yang paling canggih untuk mengesan berbagai rasa. Rasa pertama dan menandakan kita sihat apabila semua makanan terasa manis dan lebih lazat. Tetapi apabila kita sakit atau demam maka deria lidah akan mengubah rasa menjadi pahit. Rasa pahit juga akan mempengaruhi deria bau pada hidung. Hidung juga gagal mengesan bau.  Konsep kemam NW adalah konsep asas yang paling mudah dan praktikal. Kebanyakkan ubat di beri rasa manis bagi mempercepatkan kesan teraputik. Panadol yang beriaksi secara kimia di dalam usus akan diberikan dengan rasa masin. Jika konsep menghantar energi melalui sistem kederiaan ini di praktiskan dengan cara yang professional maka kita berada dalam konsep yang jauh TERSENDIRI dan UNGGUL. Oleh itu kita cadangkan juga selain di kemam dan di minum di terapkan cara sapuan di wajah dan di seluruh anggota sepertimana cara pengambilan wudhuk. 

Tapak tangan dan wajah ada rahsia tersendiri. Energi mesti lebih besar dari energi kuman dan yang bersifat toksik. Konsep menghantar energi perlu kreatif. Jika nak masukkan NW ke dalam air mandian juga akan menambah cekap konsep otak menerima isyarat. Kita perlu menerima hakikat bahawa otak yang mengendalikan keseluruhan  sistem di dalam tubuh kita. Otak kita tahu sebanyak mana hormon-hormon dalam tubuh yang perlu di keluarkan. Otak tahu sukatan dan keperluan. NW yang diberi frekuensi mengikut fungsi otak akan menyelaraskan arahan sama ada menurunkan suhu tubuh dan mengeluarkan peluh hatta membuat kita rasa ceria dan sebagainya. Pesakit tidak perlu bimbang akan cara penggunaan NW. Hanya NW tidak boleh di pegang dengan tangan kerana bimbang energi yang ada dalam sukros NW terserap ke tangan dan tidak mampu sampai ke otak kerana banyak gangguan yang menghalang. Usaha dan ikhtiar mengejar masa adalah di bawah cara disiplin pengambilan. Bermakna  menghantar isyarat NW melalui konsep kederiaan dengan cara kemam, minum, mandi dan sapuan ini perlu di terapkan agar kesan teraputik menjadi sangat efektif.

Oleh Prof Dr Norhisham Wahab.
www.colourvibrationtherapy.com.my

IG : @cvtmalaysia | @hydrotherapyice
FB: CVT Malaysia
BLOG: cvtmalaysia.blogspot.com